June 10, 2010

bila ibu kau kata

hye-hye

semua orang tahu wanita ni jenis suka cakap berlapik-lapik, bertapis-tapis, berkias-kias, cakap bajet macam nak jadi perempuan melayu terakhir. penat nak fikir ape point yang nak disampaikan. cakap straight to the point je kan senang.? do u agree.? tapi, bahasa tu janganlah kasar sangat ok. kecik hati plak kang. ;p

memang betul, yang hanya perempuan sahaja faham apa yang dimaksudkan oleh seorang perempuan. (apela yg aku merepek ni.?) meh, nak kongsi tips sikit pasal maksud tersirat ayat perempuan

bila ibu kau kata: ish, jamban tu dah kotor la. ibu tak de masa nak basuh.nanti kalau orang datang kan malu..
dalam hati: berkilat je jamban kat umah aku ni. nak suh pggl afdlin shauki bwk harpic ke..?
makna tersirat: ibu suruh kau sental mangkuk jamban tu la, mangkuk.!

bila ibu kau kata: bila basuh baju, jangan masukkan baju kain lembut. nanti rosak. kene sental pakai tangan tu.
dalam hati: aku sumbat je pe yg boleh disumbat dlm washing machine..
makna tersirat: pegi la tolong sental baju ibu tu..!!!

bila ibu kau kata: ibu tak tahu nak masak ape dah. lauk dalam fridge pon tak de.
dalam hati: tingalkan duit. makan kedai sudah..
makna tersirat: btol la. ibu suh pegi makan kat kedai. 

bila ibu kau kata: ibu tak masak. tapi ade ayam dalam fridge tu.
dalam hati: makan kedai sudah.
makna tersirat: anak dara pemalas. pegi la masak ayam kat dalam fridge tu..!

bila ibu kau kata: bersepahnye rumah. berhabuknye rumah. dahsyatnye rumah.
dalam hati: bersih je aku tengok...
makna tersirat: ibu suruh sapu dan kemas rumah tu. kalau boleh mop sekali

bila ibu kau kata: angah, camne nak bukak facebook ye..? ibu nak tengok gambar..
dalam hati: ibu mana ade facebook. mane bley bukak.'
makna tersirat: ibu suruh kau buatkan account facebook untuk dia la. wth..???


bila ibu minta buat facebook, aku tak boleh terima. abes la kene skodeng. i won't let it happen. suruh abang or adik buat. aku memerlukan semangat kamikaze kalau nak fb utk ibu. ;p

tapi, ayat kiasan yang lain-lain tu masih difahami. baik puan besar..!!!


No comments: