hello..
aku rasa muka dah bulat sikit walaupun berat maintain. i like! makan banyak je tak cukup kalau tak bahagia dan gembira kan.?
sejak akhir-akhir ni rezeki makanan aku melimpah ruah. alhamdulillah. teringin makan durian, ayah beli satu wheelbarrow.! dahsyat lah ayah ni. ibu siap masak tempoyak sambal daun kayu lagi. teringin nak makan rambutan, meleleh air liur tengok pokok rambutan yang lebat berbuah tepi jalan, my beloved sis kasi seguni buah rambutan.! dapat makan ikan bakar, otak-otak, paul celup tepung kfc, dan cendol. heaven!
pagi tadi, abang aku kejut bangun usha world cup final. kami penyokong tegar sepanyol. for the first time aku bangun pagi-pagi buta untuk tengok bola. wth izzati.? seriosly aku mengantuk gile. nasib baik game best. tak terasa lama gile. kalau aku taw spain score goal waktu extra time, mesti aku bantai tido dulu. haha. tapi, tak best la. kene tengok live jugak.! jerit-jerit dengan abang. "ha.. lah.. bagi kat situ.. villa.. iniesta.. xavi.. pique.. puyol.. fabregas.. lari cepat.. GOL..!!!" haha. 4 years from now, kita usha sama-sama lagi ok.! tahniah buat spain..!!! tak sia-sia aku sokong korang pagi tadi. owh, nanti kalau pegi kelantan or terengganu aku nak borong jersey argentina, sepanyol, barcelona dan arsenal.! jom pegi padang besar ke. wakaf che yeh ke. haha.
spending great time with your beloved ones was the best moment ever. naik kete dengan adik-beradik je. nyanyi lagu sama-sama. share macam-macam cerita. buat lawak dan sakat-menyakat. terkenangkan zaman kecik-kecik dulu. melaka memang best.! and last weekend was awesome.! ye, akulah insan yang paling bahagia.
kalau kita bersedih kerana satu perkara, masih ada 1000 sebab untuk kita terus tersenyum. bahagia iu tak perlu dicari dengan bersungguh-sungguh. kadang-kadang cukup kalau kita melihat dengan mata hati. lihat sekeliling. cuba hargai dengan semua benda yang kita ada. i believe that the key of happiness is acceptance. every single moment's precious. so we gotta cherish all the simple things in life.
lets fall in love again..
| Jason Castro - Let's Just Fall In Love Again .mp3 | ||
| ||
![]() | Found at bee mp3 search engine | ![]() |
p/s: have a great day and take care. ^__^
p/s: goodbye world cup.. see u at 2014..



No comments:
Post a Comment