August 18, 2010

diari ramadhan 5

assalamualaikum

8 ramadhan. alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada harini. sudah buat kuih raya.? (aku tengah buat kuih raya) sudah beli baju raya.? (dah beli. tapi still nak usha lagi) sudah beli kasut raya.? (dah.!) tapi, sudah meningkatkan amal ibadat sebelum raya.? (sedang dipertingkatkan =.=' )

ayah aku selalu berpesan, 'allah telah turunkan rezeki kepada setiap orang. setiap orang, rezeki dia berbeza. kadang-kadang rezeki kita sikit, kadang-kadang rezeki kita banyak. walaumacam mana pun, kita mestilah bersyukur. jangan lupa berkongsi rezeki yang kita ada dengan orang lain walaupun sikit dengan cara bersedekah. bersedekah ni umpama kita menanam sebiji benih, lalu membesar menjadi sepohon pokok yang ada beberapa cabang (aku x ingat berapa), lalu mengeluaran buah. begitulah ganjaran pahala yang diberi oleh allah kepada orang yang bersedekah.' 

abang pun selalu pesan dekat aku supaya banyakkan bersedekah dan tolong orang lain. abang cakap, "walaupun waktu tu aku takde duet, aku tak rasa risau pon. tiba-tiba je adalah sumber duet masuk contohnya duet member yang aku hutang dulu-dulu. kau takkan rasa kesempitan duet walaupun kau memang dah takde duet." 

korang macam mana.? sedekah memang digalakkan di bulan puasa ni. aku memanglah tak banyak duet nak bersedekah seperti bagi beras kepada fakir miskin. sebenarnya banyak cara lain kita boleh bersedekah, yang penting niat. 

semalam semangat gile pergi bazar ramadhan kat rantau dengan abang semata-mata nak beli kuih popia yang ibu suke gile. tapi hampa, takde plak. at last pegi rembau. nasib baik hari hujan, jadi ayam golek comel yang suka menari atas pemanggang dengan gaya menggoda tidak dijual. ayah suka kuih tepung bungkus, ibu suka kuih lopez, adik suka kuih seri muka, abang suka kebab. apa kata sekali-sekala korang kenal pasti makanan kegemaran setiap ahli keluarga dan belilah makanan tu untuk mereka. secara tak langsung kan dah dikira bersedekah.?

abang, aku teringin gila nak makan bubur lambuk. teringin sangat-sangat. nanti kat seremban ada bagi bubur lambuk free.

tengoklah dulu. kalau sempat, sebelum balik aku singgah kat masjid amek bubur lambuk ok. (eh eh, abang faham hint aku la )


ayah aku selalu perli, "ety ni pandai buat biskut bangkit lepas tu tido." eh ayah ni.! semalam jugak, aku berguru buat kuih raya dengan jiran aku. aku panggil dia cik mah. biskut raya dia memang sedaplah.!!! and guess what, kat rumah aku dah ada kuih raya la. aku yang buat.! ;p sambil buat kuih raya, aku sempat bergossip:

angah ingat tak angah pernah bagi cik mah satu beg plastik baju.? cik mah bagi kat orang kampung ni. anak-anak dia semuanya perempuan. badan saiz-saiz angah je. diaorang seronok sangat dapat baju-baju tu. sampai gaduh-gaduh rebut baju angah.

ye ke.? oh, nanti angah kemaskan almari baju. baju yang elok-elok tu nanti cik mah bagi kat diaorang ea.


aku berfikir sejenak. aku tak sangka pakaian yang lusuh di mata aku merupakan sumber kegembiraan untuk anak gadis yang lain. bila aku dengar yang diaorang gembira, ini membuatkan aku lebih gembira untuk kemaskan almari yang penuh dengan baju-baju tu. 

aku percaya yang sedekah bukanlah amalan yang merugikan. sebaliknya, allah telah berikan aku kegembiraan dan kebahagiaan. itu sudah lebih daripada cukup jika dibandingkan dengan wang ringgit. put a smile on someones face. you will realize that you are smiling with them. ^__^

renung-renungkan dan selamat beramal.








p/s: nanti ibu buatkan untuk angah kuih puteri mandi bila kita balik kampung weekend ni ok.! terima kasih ibu.!!!


2 comments:

Syaheeda said...

izzati, seronok kan tengok dorang gembira? my ummi selalu simpan baju lama2, walaupun kat belakang rumah (tmpt simpan barang2 lama a.k.a stor yg tak mcm stor) tu banyak je lagi x bagi. kadang2, ade kawan2 ummi yg kurang mampu, bagi je baju2 ktorang. seronok je dorang tengok. alhamdulillah, kite bersedekah dengan ikhlas. sambil2 tu, spring clean and beli baju baru lah plak. hehe :D

Izzati Ellyani said...

yes dear. nanti bila almari dah start kosong, leh pegi shopping lagi. hahaha.. ;p