October 6, 2010

hatiku berbicara

assalamualaikum


alhamdulillah. harini allah berikan aku hidayah untuk join program usrah anjuran MSM. aku suka program macam ni sebab sekurang-kurangnya berikan peringatan kepada aku supaya menjadi seorang hamba allah yang solehah. adakala, hatiku berbicara, "izzati, aku perlukan ketenangan."


aku seperti student yang lain. pergi kuliah, study, buat revision, buat assignment. semuanya berkaitan dengan pelajaran. menjaga hubungan dengan keluarga, menjaga hubungan dengan rakan. hubungan dengan allah.? aku perlu tingkatkan. aku sedar bahawa hidup aku lebih berwarna tatkala aku bersama-Nya. alhamdulillah. "sesungguhnya, allah berikan hidayah. sambutlah dan terimalah ia."


bila aku baca semula all my last posts, aku mengucap panjang. betapa rapuhnya diriku. adakala aku suka menulis bende merepek, adakala aku menulis mengikut perasaan. diri aku mempunyai terlalu banyak perasaan. banyak sangat expression dan excitedness. hormone imbalance mungkin.perasaan aku harini.? SAYU. =.="


aku sedar bahawa aku ialah seorang yang lembut hatinya. hatiku mudah tersentuh. maaf jika aku teremosi waktu usrah. sesungguhnya, hatiku tersentuh. goosebump pon ade. aku tahu, bahawa aku perlu berubah. 


ini antara benda yang membuatkan hatiku tersentuh dan merasakan ketenangan:

get the feeling when you recite al-quran as allah is interacting with you.

cari masa untuk bersama allah walaupun sekejap kerana allah sentiasa mengingatimu

berdoalah dan mintalah hidayah daripada allah. semoga allah sentisa berada disampingmu.



aku sedar, bila aku di sini, aku tiada sesiapa selain allah. allah tahu apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa. allah mengerti kesedihanku dan allah mengerti masalahku. walaupun aku tak dapat jawapan, sekurang-kurangnya hatiku lega bila dapat luahkan. dan blog juga tempat aku luahkan apa yang aku rasa.


alhamdulillah, hatiku kembali tenang. ^__^








p/s: syukran sahabat usrah. insyaallah, we'll meet next week.

4 comments:

Anonymous said...

" hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.. " insyaAllah :)

goodluck izzati! all the best :)

semoga Dia permudahkan setiap langkahmu :D

Izzati Ellyani said...

thanks iera.

all the best to u too.

jom kita bersama menuju ke arah kebaikan. insyaallah.

Kak Zulfa said...

Wahhh.. jumpa blog izzati laa:) korang mmg rajin eh tulis blog.Sonok baca ceritera awak :) hihihi. Take care hun Xx!

Izzati Ellyani said...

alamak, kak zulfa..!!!! hehehe.. XD