January 23, 2011

berprasangka baik

assalamualaikum


dalam hidup, kita sering menilai orang tanpa melihat diri sendiri dulu. suka fikir yang buruk sebelum yang baik. ya allah, maafkan aku kalau pernah terdetik di hatiku prasangka yang buruk tentang seseorang. aku tahu, diri aku tidak sempurna dan tidak layak untuk menilai orang lain.


aku teringat soalan seorang sahabat. "macam mana kita nak berprasangka baik dengan orang ye.?"


terbaca article ni di sini. "my dear friend, hope this will give you the answer dan yang lain kene baca gak.! ambil pengajaran", kata cikgu izzati... =D




Perasaan hasad, dengki, ujub dan riya' adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."









article source: click sini.!



jadi sama-samalah kita berdoa kepada allah agar dijauhkan perasaan hasad, dengki, ujub, riak dan berprasangka buruk. sesungguhnya allah maha mendengar setiap rintihan dan permintaan hambanya. =)
























p/s: its sunday.! rindu suasana rumah di hari ahad. i used to skype with my family for 1 hour. hehe. =)


p/s: weiyh, camne nak comment kat tumblr korang ah.? tak best langsung kalau tak leh comment-comment nih.! 

4 comments:

tehot said...

astaghfirullah..takot plak..thanks zati post ni.. :)

ha'a..rasenye kita takleh nak comment tumblr dorg tu..

Izzati Ellyani said...

kita kene saling ingat-mengingati antara satu sama lain kan.?

tu la psl. x syok lah x leh nak comment2. hehe.

Anonymous said...

LOL...kn ade ask something...comment kat situ je lah klau ko nk comment tumblr sape2...sbb org ade tumblr je yg boleh comment...:)

Izzati Ellyani said...

ha'ah lah.! baru perasaan "ask me something".

tak mesra lah tumblr ni. blogspot lagi mesra alam. hehe.