January 14, 2011

mengadu dan berdoalah


assalamualaikum


insyaallah, aku akan menduduki peperiksaan sem 1 minggu hadapan. setelah hampir 7 bulan tak menduduki peperiksaan, perasaan cuak tu extreme sikit. maybe after my first paper, everything will be fine. =)


calculator approval



tatkala waktu buat revisions, kita mesti rasa, "banyaknya tak baca lagi. semuaorang asyik study, aku sampai sekarang tak de mood study. kenapalah aku ambil course ni" dan etc. waktu rasa macam ni, ingatlah:


"jangan kamu berputus asa dari rahmat allah. sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat allah, hanyalah orang-orang yang kafir."
(yusuf : 87)


ingat.! jangan mudah berputus asa, itu adalah sifat orang kafir. allah itu maha adil. allah akan kurniakan rezeki mengikut usaha masing-masing. belive in that.! 


tatkala kita busy buat revision, kita kadang-kadang terleka. tahap iman makin rendah. sebenarnya, pada waktu macam inilah kita perlu dekatkan diri dengan allah. berdoa dan mengadu kepada-Nya segala masalah dan perasaan yang gundah-gulana. 


"hanya kepada allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. dan aku mengetahui dari allah apa yang tidak kamu ketahui"
(yusuf : 86)

"berdoalah kepadaKu, nescaya aku perkenankan bagimu.sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina"
(ghafir : 60)


jadi sahabat, berdoalah. insyaallah, allah akan makbulkan permintaan kita. nak menangis air mata darah sekalipun tak mengapa. sesungguhnya, allah maha pengasih lagi maha penyayang.





aku nak minta maaf kalau ada salah dan silap. halalkan semua ilmu yang aku pelajari dari korang dan marilah kita sama-sama berdoa agar segala urusan dalam peperiksaan ini dipermudahkan oleh allah. ^_^


teringat pesan seorang sahabat:

"sesuatu yang membimbangkan ialah apabila seseorang itu tidak sedar bahawa dia sedang hidup dalam kenikmatan. sesungguhnya, kita haruslah menjadi seorang hamba yang bersyukur."


ini adalah cara untuk aku memujuk diri sendiri dan pesanan untuk kita semua. ^_^

renung-renungkan dan selamat beramal.












p/s: be strong my dear. i'll be there for you, always... ^_^

p/s: kenapa sheffield dah makin panas ye.?

p/s: muka aku dah makin bulat..!!!! what should i do.? kehkehkeh

No comments: