January 18, 2011

set your compass right


assalamualaikum


alhamdulillah, sempat berusrah bersama sisters dari russia. memandangkan mata dah berat dan otak tak berfungsi dengan mantap, nak share sket pasal usrah tadi.

"tidakkah engkau melihat bagaimana allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.  
 Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). 
(surah ibrahim: 24 - 25)






kalimah yang baik (kalimatun toyyiba) ialah kalimah syahadatain. ianya ibarat baja yang disiram pada sebatang pohon. lalu pohon itu akan membesar dengan baik, berakar tunjang yang kuat, cabang yang tinggi ke langit dan menghasilkan buah.



pohon ini diumpamakan dengan manusia yang apabila dirinya disirami dengan kalimah-kalimah allah. segala-galanya bermula dengan akar. akar itu merujuk kepada pendirian akidah dan iman yang teguh dalam diri. apabila iman kita mantap, insyaallah kita mampu menjadi seorang muslim yang hebat. akidah yang mantap juga boleh menjadi driving force ataupun extra supplement untuk kekuatan dalaman. 



akar yang kuat akan menghasilkan pohon yang bercabang sihat dan tinggi. analogi ini bermaksud, apabila kita menjadi seorang muslim yang hebat, semua orang akan tertumpu kepada kita. lebih kurang macam bench mark. contoh: orang akan noticed pohon yang paling besar, tinggi dan cantik di tepi jalan berbanding pohon yang lain. sama juga seperti manusia. senang cerita outstanding. faham ke.?



pohon yang tiada buah tak de gunanya. kita perlu jadi seperti pohon yang baik dimana dia membesar dan menghasilkan buah untuk manfaat orang lain. sebagai manusia, we must sharing and give benefit to others. jangan jadi seperti pokok bonsai yang slow motion, takde progression, dan tak berbuah. takde guna tanam pokok bonsai. at least, pokok cactus pon akan menghasilkan bunga. 



kesimpulannya, apabila seorang manusia menjadikan kalimah-kalimah allah sebagai pendirian, maka terbinanya akidah yang mantap dan terlahirlah seorang muslim hebat yang membawa manfaat kepada orang lain.



setiap kali korang jalan, cuba tengok pokok dan berfikir, "aku pokok jenis apa ye.? rumputkah.? lalangkah.? pokok yang tak berdaunkah.? pokok yang tak berbuahkah.? pokok yang tak berbungakah.? atau sebatang pohon yang indah.?"











allah works in a mysterious ways




p/s: i can't sleep well. banyak sangat benda yang difikirkan sebelum tidur. please go away all those thoughts. doctor dari russia cakap, kalau nak tido lena, mandi dan minum susu suam. i should try. ^_^

No comments: