assalamualaikum
alhamdulillah, semalam allah telah berikan peluang untuk menyertai program MABIT - Malam Bina Iman dan Taqwa bersama-sama ahli-ahli usrah yang lain. Basically, program ni more towards sharing session dan qiam.
korang pernah dengar pasal 'hati yang berpenyakit'.? kat sini nak share pasal 4 poisons of the heart.
The bad company.
this is the most chronic disease. bukan mudah untuk berubah kalau kita berada dalam kalangan sahabat yang sering memperlekehkan usaha kita untuk berubah. pelbagai nada sinis yang dikeluarkan: "aku tengok kau ni dah tukar fesyen lain. baju dah longgar, tak pakai seluar jeans lagi. alim ye kau sekarang. wow, kau dah jadi budak baiklah sekarang." ataupun apabila kita mengajak ke arah kebaikan, ajakan kita dipandang remeh. siapa yang tak sakit hati bila diperlakukan begitu kan.? tapi, sesungguhnya allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
bagaimana kalau saya berkawan sahaja dengan sahabat yang pergi ke kelab malam, tidak menutup aurat dan tidak menjaga batas pergaulan, tetapi saya tidak mengikut mereka melakukan maksiat.? boleh ke.?
“Perumpamaan teman yang soleh dengan yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Berkawan dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum, karena kamu bias membeli minyak wangi darinya, atau sekurang-kurangnya kamu mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan pandai besi, akan membakar badan dan bajumu, atau kamu hanya mendapat bau tidak sedap.”(HR. Bukhari Muslim)
tepuk dada, tanya iman. adakah kita ingin berkawan dengan penjual minyak wangi ataupun tukang besi.? apabila berada dalam sekelompok sahabat, jadilah seperti setitik nila yang akan membirukan air jernih setempayan. tetapi jangan jadi seperti setitik cordial oren yang tak mampu memberikan warna apatah lagi rasa kepada air jernih walaupun hanya satu gelas. kita sepatutnya MEWARNAI bukannya TERWARNAI.
aku kehilangan beberapa sahabat yang dahulunya bagaikan adik-beradik dalam proses untuk membina diri. aku sedar bahawa aku tidaklah sempurna. samada aku atau kau yang telah berubah, allah lebih mengetahui. dalam hidup, carilah keredhaan allah, bukannya keredhaan manusia. jikalau kita betul-betul dah berniat nak berubah ke jalan allah, dengan lafaz bismillah, teruskan.
Too much food
“ Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf : 31)
Syaitan sangat senang untuk menggoda manusia apabila manusia itu terlalu kenyang. kerana ia menjadikan seseorang itu berat untuk melakukan ibadah kepada allah dan mendorong kepada melakukan maksiat yang lain. adakah kita makan guna sebuah perut atau tujuh buah perut.? sekali lagi, tepuk dada, tanya iman.
Unnecessary Talking
"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
kadang-kadang, kita sering bercakap benda yang tak penting. mengumpat dan bergossip apatah lagi. Iman seseorang itu bergantung kepada kesucian hati dan kita perlu mengawal lidah untuk menjaga kesucian hati. jadi, marilah kita bersama-sama menjaga lidah dan memperbanyakkan bercakap mengenai benda yang berfaedah. kurangkan gossip, tingkatkan iman. =)
Unrestrained Glances
"Katakanlah kepada perempuan beriman, , agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yang terlihat.
(An-Nur: 31)
berdasarkan ayat ni, allah suruh kita jaga pandangan dahulu baru suruh jaga kemaluan. ini menampakkan betapa pentingnya unuk kita menjaga pandangan. orang kata, "dari mata turun ke hari". apabila kita melihat perkara-perkara maksiat, hati akan turut serta untuk melakukan maksiat. tak perlu untuk mencuci mata dengan melihat lelaki kacak ataupun perempuan cantik. kalau nak cuci mata jugak, pakai eye-mo pun boleh. =D
jom sama-sama tambahkan iman.!
p/s: i love the feeling when i'm with my beloved sisters. wahai sahabat, bimbinglah aku ke jalan syurga. izinkan aku untuk ke syurga bersamamu. =)

2 comments:
rasulullah menyebarkan islam pun bersama-sama sahabat :) sebab itu fungsi antara sahabat pun membimbing satu sama lain mengejar Allah :)
that's why ada pepatah/hadis/ayat quran *x sure sgt* ada kata, muslim itu lemah bila dia sorang2!
jom kita melangkah sama2, izzati :)
iera, jom kite buat usrah kat TTJ nnti. bleyh ajak kwn2 yg lain. =)
jom.! jzkk iera.. =)
Post a Comment