July 13, 2011

Germany tips

assalamualaikum


kita rehat jap lepas dah puas jalan-jalan kat Bremen, Hamburg dan Berlin. now i'll share some tips and opinions from my Germany trip.

basically, this is our plan. kitorang naik flight tambang murah (Ryan Air) dan mendarat kat Dusseldorf airport. Dusseldorf ni memang bandar yang kecil lagi terpencil. ronda German mengikut arah pusingan jam. start from Dusseldorf - Bremen - Hamburg - Berlin - Frankfurt - Munich - Dusseldorf. 

semuanya naik train sahaja. anda digalakkan untuk beli InteRail Europe Train Pass. kalau nak ronda satu negara memang berbaloi sangat amek pass ni. boleh naik seberapa banyak train yang korang nak dalam masa yang ditetapkan. kitorang beli interail pass untuk 4 hari yang berharga GBP 131. 




1. Transportation

the main transportation is TRAIN. sangat best. lagi-lagi kalau dapat naik train yang paling laju kat Germany which is ICE dengan kelajuan hampir 250 km/h. pergh, memang laju gua cakap sama lu. culture shock rasa bile naik train kat uk. belom naik komuter malaysia lagi. kebanyakan setiap train station ni dah dekat dengan tourist attractions. jalan kaki pun boleh.

the worst part about train is: depa jual tiket mengikut permintaan, bukan ikut seat. nasib la kalau time korang naik tu ialah peak hour. train dah cun lagi laju, tapi ramai yang berdiri dan duduk kat tepi pintu.


bukan setakat duduk kat tepi pintu. malah kami telah tido tergolek-golek dalam train terpantas di Germany.



awek cun pon terpaksa duduk di tepi pintu. eh, bukan kak saf taw.! (sila lihat awek di belakang safwan) ;p



2. Toilet

kalau nak masuk jamban kat Germany kene bayar. ada yang berharga 1 euro. paling murah 50 cent. disebabkan nak save budget, kitorang selalu pakai jamban dalam train je. jimat duit. haha. walaupun kene bayar, memang berbaloi sebab cantik dan wangi sangat.



syira boleh jadi duta toilet. boleh dikatakan setiap toilet di setiap city dia akan lawati. toilet di atas dekat Berlin. memang terbaik. 50 cent untuk masa 20 minit. siap ada lagu. kalau rasa-rasa tak cukup 20 minit boleh topup coins lagi. (review from syie) syie juga telah berjaya mendapat coupon toilet berharga 50 cent kat Berlin di atas kesetiannya mengunjungi toilet di German. LOL



3. Food

most of the time kitorang makan fish and chips je la. tak pun makan roti. dah tu je yang diyakini halal. rasanya ada je kedai halal, tapi kene pandai cari la. nak save budget, kitorang bawak meggi, uncle ben fried rice and sardines.




kedai siam halal kat Frankfurt. 



4. People

orang German boleh dikatakan peramah. bila mereka nampak kitorang muka berkerut-kerut baca map, nanti diorang datang tolong. yang tak best ialah diaorang akan cakap bahasa German dengan kita walaupun kita tanya dalam bahasa inggeris. memang bahasa jiwa bangsa.! oleh itu, anda disarankan untuk blaja basic bahasa Germany.

orang German juga suka berbasikal. walaupun German yang sangat teror dalam technology, masih ramai penduduk mereka yang menaiki basikal. kalau kat malaysia nak naik basikal, boleh perah baju sebab peluh yang banyak.


basikal untuk disewa.

lagi satu benda yang tak best pasal Germany is diorang suka bela anjing dan anjing mereka wireless (takde tali. main lepas je) merata-rata ada anjing. nasib baik comel sampai rasa nak cubit-cubit je. even mereka dibenarkan untuk bawak anjing naik public transport. terkejut mak ngah bila tengok ada anjing comel dalam beg. grrrr..





as conclusion, Germany best.!!! tapi, apa yang penting ialah pergi jalan-jalan dengan member yang sekepala. barulah meriah gitu. ^__^



2 comments:

Anonymous said...

org german peramah, pttla dr. robert bachmann peramah. hohoh.

Izzati Ellyani said...

dr. robert still ade kat micet eh.? dia mmg peramah kan.!!! =D