membaca satu artikel tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. walaupun tidak berpelajaran tinggi mana, tapi disebabkan jiwa dermawannya, beliau telah menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.
cuba anda renungkan. zaman kini, memang ramai orang yang kaya-raya. sejauh manakah mereka bermurah hati untuk menyumbangkan sedekah dengan ikhlas? nak bayar zakat pun susah. inikan pula nak bersedekah.
Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu.
Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.
anda sanggup nak sedekahkan separuh daripada harta pencarian anda kepada fakir miskin? mungkin berat sekali. "penat-penat cari, takkan senang-senang nak bagi kat orang.." mungkin antara alasan yang diberi. saya percaya, sifat yang suka bersedekah tidak akan menjadikan anda lebih miskin.. sebaliknya menjadikan anda lebih kaya. ataupun, kalau anda berada dalam masalah kewangan, itu tidak menjadi masalah kerana allah sentiasa akan membantu anda.
jikalau kita mampu membeli barangan yang berjenama ataupun mahal, tak mampukah anda untuk memberi sumbangan walaupun sedikit kat masjid? ayah saya pernah berkata, "sedekah ibarat menanam benih pokok. bermula dengan satu benih, ia akan membesar menjadi satu pokok, menjadi ranting dan menghasilkan buah. jangan rasa takut untuk bersedekah kerana walaupun nilai pemberian anda adalah sedikit, insyaallah, rezeki anda akan bertambah banyaknya seperti ranting-ranting dan buah-buah itu."
rezeki yang datang adalah nikmat dari allah. Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. oleh itu, bersyukurlah..
p/s: ramadhan hampir tamat. gunakan sisa waktu yang ada untuk beribadah..
1 comment:
salam..
btol tu izzati..
selalulah kite same2 bersedekah :)
Post a Comment