Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

November 24, 2010

just stay in your own shoes

assalamualaikum








bestnye kalau dapat jadi macam dia
pandai, baik, kaya, popular, bahagia
bla bla bla




manusia jarang bersyukur dengan apa yang dah diberikan oleh allah untuk dirinya



kadang-kadang aku pernah gak nak jadi macam orang lain
rasa diri sendiri tak sempurna. tak best.



secara analoginya, cuba fikir ni:


kasut yang kawan kau pakai cantik sangat
tapi, bile kau pakai, it don't suits you.


baju kat dalam internet cantik sangat
tapi, bile kau pakai, it don't suits you.


cuba kau tukar hidup dengan dia
agak-agak kau gembira.?


mungkin kau rasa nak tukar hidup dengan aku
jujur aku cakap
ada je sebahagian hidup aku tak best.




IT JUST DON'T SUITS YOU



samalah kesnya dalam kehidupan kita seharian. 
tak semestinya apa yang kita rasakan baik, itu terbaik untuk kita 
dan tak semestinya apa kita rasakan buruk adalah terburuk untuk kita. 
mungkin kenyataan adalah sebaliknya.
sesungguhnya, hanya allah tahu apa yang terbaik untuk kita.



tipu.!
tiada sesiapa di dunia ni yang sempurna
itu hanyalah mainan akal yang menghasilkan rasa cemburu dan 
perasaan yang tak tahu bersyukur.




the KEY to HAPPINESS is ACCEPTANCE
reminds yourself  that 
it's okay
NOT TO BE PERFECT



you may not be perfect
but you can be THE BEST.!



please be GRATEFUL with what you have
then, you will feel the happiness





(just food for thought. think about it.!)




p/s: as i expected, ibu plak try roaming line die.. she miss called me at 6am.. its 6am, ibu..! and i'm still sleeping.. katanya, "saje, nak buat panggilan rindu." hahaha.  ^__^

November 13, 2010

apabila baju kurung bertemu baju melayu

assalamualaikum


baca tajuk je pon dah catchy kan.? baju kurung is perempuan and baju melayu is lelaki. korang rasa pasal apa.? mestilah pasal kahwin.!!! haha. ni sekadar perkongsian je taw.!



actually, tadi aku pegi dengat talk pasal "apabila baju kurung bertemu baju melayu". habaq mai sapa yang tak suka bab-bab kahwin ni.? tapi, aku takde nafsu pon nak kahwin. its not the time yet. kepala otak aku dah penuh disumbat-sumbat dengan chemical engineering stuffs. takde masa nak pikir pasal ni. ditambah dengan kenangan masa silam. aku fobia. eh, taklah fobia. cuma rasa malas je. sumpah, aku tak tipu.! hihi.  somehow, deep inside my heart, i'm still hoping for a miracle that everything will be back as before. how i wish that till now. T___T



basically, talk ni pasal ikhtilat ataupun adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. lebih kurang macam syllabus masa form 5 dulu-dulu. sincerely, aku tak ramai pun kawan lelaki. aku tak de lah sosial sangat, tapi tak bererti aku sombong. alhamdulillah, dengan sikap aku yang tak berapa nak mesra alam dengan lelaki membuatkan aku masih menjaga ikhtilatku. aku rasa kekok sikit nak cakap dengan laki. rasa malas sebenarnye. maaf ye wahai sahabat-sahabat lelakiku. haha. masing-masing dah besar, korang tahu apa yang islam dah tetapkan dalam garis adab pergaulan ni. aku malas nak kupas.



apa yang menarik perhatian aku ialah:


apabila ada seorang lelaki yang baik agamanya, parasnya, kedudukannya dan layak menjadi suamimu, meminangmu, maka kamu perlu menerima pinangannya agar tidak menimbulkan fitnah. (betulkan kalau salah)



seriously, aku teringat perbualan dengan ibu pagi tadi.

ibu: camne hidup.? boyfriend sihat.?

aku: ibu, i have no boyfriend and i don't want to have a boyfriend.! 

ibu: betol ni.? nanti orang lain ambil camne.?

aku: i don't mind. kalau jodoh tak ke mana kan.? takpe, anak cik siti kan ada.

ibu: ha'ah. ibu suka anak cik siti tu. takpe. doa banyak-banyak ye. 

aku: kalau tiba-tiba anak cik siti or orang lain yang ibu rasakan sesuai untuk anak ibu datang meminang, terima je lah ye. tak baik menolak. boleh menimbulkan fitnah. 

ibu: masalahnya, ada ke.? haha

aku: kuang asam lah ibu ni..!!!



conclusion: jangan datang pinang aku lagi.!!! hahahaha. XD












p/s: jangan bertanya aku soal cinta kerana aku sendiri tak mengerti dan tak pasti. tapi, aku boleh mendengar semua masalah korang. terima kasih.

p/s: kenapa macam dah lari topik.? aku dah mengantuk mungkin. goodnite readers and silent readers. (korang pikirlah sendiri) ^_^

August 23, 2010

kawin dengan penjual burger.?

assalamualaikum

i'm not sure if korang dah dengar video ni ke blom. memang terhangat dalam facebook. rasa kelakar, geram, mengada-ngada dan kurang ajar pun ada. most of the time aku gelak je la. haha. pompuan jenis apalah dia ni.




bukanlah salah. tapi untuk long term agaklah salah jugak. kalau setakat jual burger macam mana nak dapat duit banyak.?


untuk statement di atas, aku rasa ada jugak kebenarannya. LONG TERM EFFECT. eh, tapi aku bukan mata duitan ok.! duit memang penting, even nak masuk jamban pun kene bayar 20 sen. silap-silap nanti nak bernafas pun kene bayar. 

from my own opinion, wanita mementingkan masa depan. tak semestinya nak kawin dengan anak raja or jutawan. yang penting ada jaminan masa depan. tak salah gak apa yang pompuan tu cakap. cuma, agak kasarlah. berdasarkan apa yang dia cakap, pompuan tu memang mata duitan. kalau bf baru dia dengar gerenti kene reject terus. lol.

bagi aku, kalau nak cari suami, carilah yang ada masa depan. masa depan.??? macam mana kita nak tahu masa depan kita.? mungkin bro yang jual burger ni leh jadi kaya macam burger otai ke kan. ada banyak cawangan burger seluruh malaysia. kita tak tahu timbul tenggelam nasib seseorang. contohlah, bayangkan kalau kau berkahwin dengan mat rempit ke, penagih dadah ke, bekas banduan ke. agak-agak korang boleh lihat masa depan yang cerah tak.? sila geleng kepala. walaupun cinta itu buta, tapi jangan jadi bodoh.

aku takkan cari suami yang kaya-raya. cukuplah sekadar ada masa depan dimana aku boleh lihat dia mampu menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu menjadi ketua keluarga. pasal duit.? aku lebih suka kalau aku jadi kaya atas usaha sendiri. itu lagi best. memanglah wang tak menjamin kebahagiaan, tapi kita masih memerlukan wang untuk merasai sedikit kebahagiaan tu. (apa maksud ayat ni.?)  ^__^





p/s: ada pre-departure briefing esok. 20 days left.


July 20, 2010

kenapa perlu rasa berbeza.?

hello

what's on my mind.? tiba-tiba terfikir, kenapa manusia perlu membezakan antara satu sama lain.? contohnya orang kaya dengan miskin, pandai dengan kurang pandai, alim dengan nakal, jahat dengan baik. perlu ke kita membeza-bezakan.?

ok, bukan nak cakap besar. tapi ini realiti. for example, haritu kete kawan aku pancit kat tepi jalan. then, ada sorang jejaka yang baik hati datang membantu. and i sent him SMS to say thank you. i don't mind making lots of friends. then, dia cakap "tak kisah ke kawan dengan saya.? saya hanya orang biasa. tak pandai macam korang semua.." hmm. kenapa perlu berfikir macam tu.? aku tak kisah siapa kau. asalkan niat kau baik. kalau jahat, aku takkan ikut perangai jahat tu. tapi, aku mungkin boleh menjadi sahabat that you can rely on. 

pada mulanya, aku tak faham macam mana perasaan dia. tapi, bila aku ada sekumpulan kawan-kawan yang baik dan alim gila. sampaikan aku rasa diri aku ni macam jahat sangat, banyak buat dosa dan aku tak layak nak kawan dengan mereka. makin lama aku makin jauhkan diri. aku lebih selesa dengan kawan-kawan yang kira 'sekepala' dengan aku. kenapa aku perlu berfikir macam tu.? mungkin kini aku faham apa yang dia rasa.

tapi kan, korang pernah terfikir tak. kalau kita asyik dengan kelompok kita sekarang, sampai bila kita nak berubah menjadi seseorang yang lebih baik.? 



conclusion aku sendiri ialah, manusia ni ada hati dan perasaan. kita kene pandai memujuk dan ambil hati mereka kalau dalam niat kita nak bawa mereka ke jalan yang betul. janganlah nak main isolate je hanya kerana kita tak sehaluan. kesian kot.


p/s: aku bersifat neutral. aku kawan sahaja dengan sesiapa. jangan takut dengan aku ok.! masa dulu aku suka gigit orang, tetapi tidak lagi untuk sekarang.. >_<

May 27, 2010

habis tu, nyah nak duduk kat mana.?

hye2..

i'm in a very good mood today. asyik tergelak sorang-sorang depan laptop. terima kasih dayah rosman. sy akan ingat semua nasihat awak especially pasal long john tue. sumpah lawak gile.! haha..

i've just discussed with etol about our plan to pwtc. we decided to take a train. confirm kalo naik kete tak de tempat nak parking. i want to share something pasal komuter di malaysia ni. korang tahu kan ade koc wanita berwarna merah jambu yang disediakan oleh KTMB khas utk wanita. tak tahu ke.? klik sini




sembang-sembang kat radio ade tanye: boleh tak kalau buat koc wanita kaler pink, koc lelaki kaler biru..? jadi, sorang mak nyah ni pon telefon memberi pendapat..

"fafaw, saya tak setuju kalau buat laki biru, pompuan pink.. abes tu, macam mana dengan saya..? saya nak duduk dekat koc mana..? kat biru tak boleh, pink pon tak boleh.."

"awak rasa-rasa, awak ni pink ke biru..? tak pon awk pakai la skirt.."

"saya nak duduk dekat pink.. memang saya pakai skirt.. tapi, suara saya masih jantan.."

"kalau dia mintak tunjukkan kad pengenalan..?"

"kene turun komuter lah jawabnye.."


nyah oh nyah. lawak sungguh lah kamu ni. patutlah tak de koc lelaki berwarna biru. hahahahaha.. jadi, nyah masih berpeluang untuk naik komuter. 




pengajaran: kepada jejaka tulen di luar sana, koc warna PINK untuk wanita je taw..!!!! nyah pon x boleh masuk..!!! jangan salah masuk plak.. ^__^



p/s: jangan tanya aku result kuar bile.. aku tak tahu.. kita tunggu abang posmen datang rumah anta surat cinta dari unikl tiap-tiap hari ok..!!!

May 26, 2010

awak busuk

hye2..

masa on the way pegi makan malam, my family borak-borak la pasal bau badan and ketiak busuk. tipulah kalo korang takde member yang ade bau badan ni. nak tegur, member. tapi, takkan nak hidu je kot bau aromaterapi tu kan. bak kata abang saya, "bau busuk macam cili kering direndam dalam air panas.." pegi la rendam cili kering skang.. ^_^

agak-agak korang wangi tak? haha. saya pelik betol la. takkan mereka tak bau diri sendiri? cium ketiak sendiri? tak ke? bau PATI dalam KTM memang busuk nak mampos. mahu muntah rasanya. bluekkk...

wajib time mandi letak sabun banyak-banyak. pakai bedak banyak-banyak. letak deodorant. perfume sket. barulah wangi. walaupun saya memang wangi, kene extra wangi. wangi wangi wangi. hoho

ha, ni gossip terbaru. noh hujan ni memang lawak la. klik sini.


knapa lu ni suka bikin kontroversi.? kalau lu sign autograph gua busuk pon gua terima.. ;p

kalau kekasih korang bau busuk camne.? astaghfirullahalazim... 

pe kata korang cakap camni, " sayang, badan awak bau busuk. tapi saya tahu hati awak wangi.."

ade brani..? hahahaha... ;p



p/s: kalau anda rasa saya busuk, jangan segan-segan nak cakap.. hoho >.<

May 18, 2010

rugikah aku?


tak sempat nak bangun pagi, ibu dah membebel listkan semua kerja yang perlu dibuat sebelum dia balik.. aku di katil hanya mampu menjawab, "ye ibu.. ok.. hmmm.. haaaa..." at last senyap.. zzzz.. =p

of course rindu gile kat kawan2.. tapi, duduk rumah pun not bad.. FUN jugak! as usual, basuh baju, sidai baju, breaksfast, bagi rabbit makan, sapu rumah, kemas2, tgk Rachel Ray show, jemput adik balik sekolah.. bahagia.. >_<

haritu, sy terperasan kat fb lisa, tanya, "tak rugi ke pompuan blaja pandai-pandai at last duduk kat rumah jadi suri rumah je..?" lisa, menariklah topik ni.. haha.. 

for me, tak rugi kalau kau dapat suami ada title dato seri paduka, dato deri, yang amat berhormat dsb.. i realized one thing.. kalau kau nak kawin dengan orang kaya, kau sendiri kene jadi kaya.. kalau kau nak kawin dengan engineer, kau kene jadi engineer.. kalau kau nak kawin dengan doktor, kau kene jadi doktor.. ini teori izzati.. islam pon suruh kita amalkan prinsip 'sekufu'..

of course lah rasa rugi.. penat kot blaja bagai nak rak.. tiba2, teringat pesan naz.. jodoh itu dimulakan dengan pertemuan.. kalau tak bertemu, macam mana nak jumpa jodoh kan..? mungkin ketika dalam perjalanan menjadi engineer, kita akan berjumpa dengan jodoh tu.. sape tahu..?

someone told me, ade seorang ibu ni sanggup berhenti kerja sebab nak concentrate dekat kehidupan anak2.. dengan bangganya die berkata, " biarlah sy tak jadi engineer, tapi sy boleh melahirkan 10 bakal engineer.." hebatkan ibu ini..? sy pon nak jadi mcm ni.. nak doktor sorang.. engineer sorang.. arkitek sorang.. ustaz sorang.. penyanyi sorang.. haha... tapi dengan syarat, laki tu cukup mampu la nak sara hidup keluarga.. 


p/s: for me, it all depends on u.. i believe that "the key to happiness is acceptance.."

March 2, 2010

cinta tikar sejadah

hye peeps..

finally, i dah siapkan my lab report semalam.. oh yeah..!!! minum 1 mug white-coffee.. bajet nak stay up study thermodynamics.. yup.. i do stay up.. badan rasa letih, nak tido, tp mata tak nak lelap.. damn! x nak minum white-coffee lg.. biar i study dgn hati yg ikhlas.. haha.. =D

btw, i nak promote satu drama ni.. ala2, 'nur kasih' and 'syurga cinta'.. cite ni ade kat astro oasis ari ahad kul 5ptg.. mmg cite melayu tipikal.. tp, mmg best.. tajuknye 'CINTA TIKAR SEJADAH'.. nak download..? click sini!



just from my own opinion.. ketiga-tiga cite ni lebih kurang sama je.. tp, ada satu benda la yg i perasan..

allah pernah berjanji, yang perempuan baik untuk laki baik.. based from 'nur kasih', pada mulanya adam tu bukanlah baik macam nur amina.. at last, adam berubah menjadi seseorang yg sebaik nur amina.. cam tu jugak dalam cite syurga cinta dan cinta tikar sejadah ni.. 

i penah baca hadis ni, "perkara yg kamu anggap baik, sebenarnya buruk untuk dirimu.. dan perkara yg kamu anggap buruk, sebenarnya baik untuk dirimu.. sesungguhnya, allah maha mengetahui apa yg terbaik untukmu." kadang-kadang, manusia ni selalu mencari kesempurnaan.. inginkan sesuatu yg terbaik utk diri sendiri. ye la, sapa tak nak kan..?

ada lg 1 hadis ni.. "allah tidak memberi apa yg kamu mahukan, tetapi allah akan memberi apa yg kamu perlukan.." contohnya, anda mahukan kekuatan, allah turunkan ujian.. anda mahukan cinta, allah berikan anda orang utk anda cintai.. anda mahukan kesabaran, allah turunkan dugaan.. that is how life works.. =)

apsal i cite pasal bende2 ni ea..? sometimes, i rasa yg i ni tak de la layak nak bercerita pasal islam ni.. but, i'm still a muslim rite..? sejak masuk mrsm, i blaja untuk semayang jemaah, dengar tazkirah, solat penuh 5 waktu dan cuba untuk jadi pompuan baik.. pada mulanya mungkin terpaksa dan atas rasa tanggungjawab.. lama2, hati rasa ikhlas.. but, there is still part of me yg masih nakal.. =p

oh.. ada satu quote ni.. comel sangat..  
"don't worry if u fail.. as allah is creating a new story for you.."






p/s: adakah saya akan bertemu jodoh di atas tikar sejadah..? i hope so.. =p

February 12, 2010

jangan jadi bangang!

hye dearest..

(mood: marah!)

ade baca surat khabar semalam..? 
kes bayi dibuang depan masjid dan dihurung semut..?
blom..? klik kat sini.

anak sapa..? 
anak melayu.. anak orang islam..
hoi mak yang lahirkan anak luar nikah kat luar sana..
tak penat ke ko ngandung 9 bulan?
pastu buang je merata-rata..
jadi makanan semut..

tahu buat tahu tanggung la..
kalo ko bagi baby tu kat aku pon boleh
aku boleh bela la
kalo aku dapat tangkap ko
aku ikat ko kat pokok rambutan 
biar kene gigit dengan kerengga sampai mati

sekarang bulan februari
bulan valentine la kononnya..
nanti kita tunggu 9 bulan dari sekarang
dalam bulan 11/12..
mesti banyak kes buang baby lagi

aku baca kartun hello bos
zaman dulu, anak buang mak bapak
zaman sekarang, mak bapak buang anak



p/s: kepada perempuan di luar sana, JANGAN JADI BANGANG!

p/s/s: you can't put the toothpaste back in the tube. so guard your 'toothpaste' carefully!

December 30, 2009

this is reality

apa la nak jadi dengan dunia sekarang.. sikap manusia dah kembali macam zaman jahiliah.. anak dibuang merata-rata, minum arak, berjudi, berzina.. manusia dah bersikap lebih kurang seperti binatang.. tiada hati dan perasaan.. apa semua ni? di mana landasan agama yang sepatutnya dipegang menjadi panduan untuk menghadapi kehidupan di dunia.. nauzubillah..

paling sedih bila baca surat khabar, tengok berita, makin banyak mayat bayi yang baru msih bertali pusat dijmpai dalam tong sampah, sungai dan longkang.. oh wanita, di manakah perasaan anda? selepas 9 bulan mengandungkan anak, sampai hati je terus buang anak tu kat mana2.. sedangkan kucing pun sayangkan anaknya.. apalah dosa si bayi itu..? sendiri buat, sendiri tanggung..




saya agak keliru di sini.. kenapa kadar pembuangan bayi di malaysia agak tinggi jika dibandingkan dengan luar negara.. kalau nak diikutkan, mereka lagi ramai berzina.. tapi, tak pon ada kes2 buang bayi macam ni.. haish..

walaupun saya hanya berumur 19 tahun, saya tahu menilai baik dan buruk.. mana pegi naluri kewanitaan yang penuh dengan kasih sayang dan kelembutan.?

kalau dilihat sekarang, orang islam mula meneguk arak macam minum air coke je.. pegi disko/clubbing macam pegi shopping complex.. "chill la dulu.. tak cool la macam ni.. hidup hanya sekali.." wth..? lepaskan stress..? ni bukan cara yang betul.. banyak lagi cara yang lebih berfaedah.. yup, anda boleh katakan saya ketinggalan zaman.. ada saya kisah?

saya percaya, hidup kat luar negara nanti mesti banyak cabarannya.. dan saya yakin, mungkin ada sesetengah dari sahabat saya akan kecundang dengan godaan di sana.. ya allah, berikan aku kekuatan dan keimanan..



p/s: sorry, entri agak emo.. :)

October 1, 2009

Aku bermimpi..



ni mimpi semalam.. tak sempat nak cerita, jadi nak cerita hari ni.. mimpi..? ada orang kata, mimpi tu mainan syaitan, mainan tidur, mainan otak, atau lagi bagus hidayah dari allah.. ada orang kata mimpi tu akan jadi sebaliknya dalam realiti.. tak tahulah mana satu betul..

ada dua mimpi, yang buat saya berfikir dan berfikir..




MIMPI 1:

we had our first biology class at night by dr. frank. mungkin terlalu concentrate dengar lecture beliau, membuatkan saya termimpikannya.. scary huh? sincerely, i love his lecture! dalam mimpi tu, saya mimpi jumpa seorang leaki yang salin setiap patah perkataan yang diucapkan oleh dr.frank.

conclusion: next lecture, i nak salin semua benda yang dia cakap. maybe it can help me a lot!



MIMPI 2:

'izzati, jom pegi clubbing.. kitorang tunggu kau kat bawah taw..'

dah siap turun bawah, jumpa member untuk pegi clubing.. tiba-tiba..

'babe, aku lupa barang kat bilik la.. tunggu jap ea.. aku pegi naik atas jap..'

masa tengah cari-cari barang (tak tahulah barang pe), terpandang satu cermin besar. saya nampak diri saya berpakaian jubah hitam dan bertudung labuh. (nampak comel gak la.. haha..) ada ke orang pegi clubbing pakai jubah dan tudung?

saya pernah berikrar dengan diri sendiri, "aku takkan buat benda-benda yang salah kat dunia ni.. minum arak atau pegi clubbing.." kalau dah pegi oversea, sume benda ni mestilah normal kan.. tapi, disebabkan bisikan hati ni, saya tak jadi pegi clubbing..

'babe, aku tak jadi pegi la.. korang gerak dulu k..'

conclusion: ada kalanya, kita perlu tetapkan sempadan untuk diri. masing-masing dah besar. tahu apa yang baik dan buruk untuk diri. setiap manusia ada pegangan hidup. selagi anda berpegang dengan benda yang betul, insyaallah anda akan terselamat.






p/s: saya sering berdoa: "ya allah, sayangilah diriku dan peliharalah diriku dari melakukan maksiat, dosa dan perkara yang engkau mungkari.."

p/s/s: ni hanya mimpi tuntuk dikongsi.. yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.. =)





September 12, 2009

Anda Kaya?

membaca satu artikel tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. walaupun tidak berpelajaran tinggi mana, tapi disebabkan jiwa dermawannya, beliau telah menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.

cuba anda renungkan. zaman kini, memang ramai orang yang kaya-raya. sejauh manakah mereka bermurah hati untuk menyumbangkan sedekah dengan ikhlas? nak bayar zakat pun susah. inikan pula nak bersedekah.


Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu.

Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa
setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.

anda sanggup nak sedekahkan separuh daripada harta pencarian anda kepada fakir miskin? mungkin berat sekali. "penat-penat cari, takkan senang-senang nak bagi kat orang.." mungkin antara alasan yang diberi. saya percaya, sifat yang suka bersedekah tidak akan menjadikan anda lebih miskin.. sebaliknya menjadikan anda lebih kaya. ataupun, kalau anda berada dalam masalah kewangan, itu tidak menjadi masalah kerana allah sentiasa akan membantu anda.


jikalau kita mampu membeli barangan yang berjenama ataupun mahal, tak mampukah anda untuk memberi sumbangan walaupun sedikit kat masjid? ayah saya pernah berkata, "sedekah ibarat menanam benih pokok. bermula dengan satu benih, ia akan membesar menjadi satu pokok, menjadi ranting dan menghasilkan buah. jangan rasa takut untuk bersedekah kerana walaupun nilai pemberian anda adalah sedikit, insyaallah, rezeki anda akan bertambah banyaknya seperti ranting-ranting dan buah-buah itu."


rezeki yang datang adalah nikmat dari allah. Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. oleh itu, bersyukurlah..




p/s: ramadhan hampir tamat. gunakan sisa waktu yang ada untuk beribadah..



September 5, 2009

A "u-turn"



sempena bulan ramadhan al-mubarak, saya nak jadi mcm ustazah sket la.nak berkongsi tazkirah.hanya pandangan kerana diri tak sempurna. pandangan dan pendapat je k. tiada udang di sebalik batu.


balik dari smyang terawih kat surau micet, dengan girangnya menyanyi lagu nie:

"hai manusia, yg hidup di dalam dunia ini...
(sila teka jangan lupa lirik k)
jalan yang sempit yang membawa kehidupan (btol ke?)
jalan yang luas yang membawa kepada kesesatan
ramai org yg melalui jalan yg luas itu
sedikit org yg melalui jalan sempit itu



penah terfikir tak anda telah ikut jalan yang mana satu? ada dua pilihan sahaja. jalan sempit or jalan luas? (tak de jalan yang sederhana besar ke?) tapi, dah jadi lumrah manusia. mesti la nak yang besar-besar. macam lagu ni.. "aku mahu rumah yg besar, aku mahu mobil yg besar, aku mahu upah yg besar, wang untuk berbelanja..."


selalunya jalan yg besar itu lurus dan tiada penghujungnya. tapi, saya yakin bahawa jalan yg besar tu ada satu sign-board untuk membenarkan orang buat "u-turn". boleh buat 'u-turn' yg membawa anda ke jalan yg sempit semula. memang la kat jalan sempit tak se'best' macam jalan besar, tapi.. "Bad may not be bad, it may be good; good may not be good, it may be bad."


sekarang ni, saya masih berada kat jalan yang luas. dah banyak kali jumpa sign board 'u-turn'. tapi tak terasa nak wat 'u-turn' lagi. insyaallah, satu hari nanti saya akan berjaya buat pusingan 'u-turn' tu. (setakat ni dah terer buat u-turn pakai kereta)






p/s: salam ramadhan. tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi.



September 1, 2009

Transformer!


AMARAN
(entri kali ini serius dan sensitif)



sambil menjalankan aktiviti blogwalking, tersinggah ke beberapa blog yang telah banyak membuatkan diri ini berfikir dan bermuhasabah sejenak. saya hendak berubah!



topik kali ini menjurus ke arah aurat wanita. ya, saya sekarang ialah seorang wanita. ye kot.. (not a girl not yet a woman)


kadang-kadang, manusia hanya pandai mencari alasan untuk menutup kelemahan masing-masing. ayat standard yang selalu keluar; 'don't judge a book by its cover' untuk menentukan baik buruk seseorang. but, did you realized 'that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. hujah-hujah ustaz ini memang telah membuatkan saya berfikir dan terus berfikir ---> aurat wanita: apa sudah jadi?


perkara kedua, ayat standard lagi, "tak semestinya orang yang bertudung baik-baik. walaupun saya tak bertudung lebih baik dari orang bertudung"... hmmm, oh manusia.. pandai mencari alasan. kadang-kadang kita tidak mempunyai hujah yang cukup kuat untuk menyangkal pendapat ini. tapi, saya agak kagum dengan pendapat ini; 'wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung" tepuk dada, tanya selera. anda nilai sendiri!


saya akui, saya bukanlah orang yang terbaik untuk memperkatakan tentang hal ini. saya sendiri berpakaian ketat, tudung tak cukup labuh, tak pakai stokin dan mungkin sedikit seksi. tetapi, jauh di sudut hati saya akan berubah. saya pun tidak dapat lari dari melakukan maksiat dan menurut hawa nafsu. tetapi, saya ingin berubah.




"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

hati! kunci untuk berubah bermula dari hati. ikhlaskan hati anda untuk berubah. walau tidak banyak hanya sedikit pun dah kira bagus. anda semua manusia yang dikurniakan akal fikiran. berfikirlah. saya ingin berubah. biarlah saya berubah sedikit demi sedikit dan mengikhlaskan hati supaya saya menjadi seseorang yang lebih baik. insyaallah.. =)