
AMARAN
(entri kali ini serius dan sensitif)
sambil menjalankan aktiviti blogwalking, tersinggah ke beberapa blog yang telah banyak membuatkan diri ini berfikir dan bermuhasabah sejenak. saya hendak berubah!
topik kali ini menjurus ke arah aurat wanita. ya, saya sekarang ialah seorang wanita. ye kot.. (not a girl not yet a woman)
kadang-kadang, manusia hanya pandai mencari alasan untuk menutup kelemahan masing-masing. ayat standard yang selalu keluar; 'don't judge a book by its cover' untuk menentukan baik buruk seseorang. but, did you realized 'that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. hujah-hujah ustaz ini memang telah membuatkan saya berfikir dan terus berfikir ---> aurat wanita: apa sudah jadi?
perkara kedua, ayat standard lagi, "tak semestinya orang yang bertudung baik-baik. walaupun saya tak bertudung lebih baik dari orang bertudung"... hmmm, oh manusia.. pandai mencari alasan. kadang-kadang kita tidak mempunyai hujah yang cukup kuat untuk menyangkal pendapat ini. tapi, saya agak kagum dengan pendapat ini; 'wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung" tepuk dada, tanya selera. anda nilai sendiri!
saya akui, saya bukanlah orang yang terbaik untuk memperkatakan tentang hal ini. saya sendiri berpakaian ketat, tudung tak cukup labuh, tak pakai stokin dan mungkin sedikit seksi. tetapi, jauh di sudut hati saya akan berubah. saya pun tidak dapat lari dari melakukan maksiat dan menurut hawa nafsu. tetapi, saya ingin berubah.
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
hati! kunci untuk berubah bermula dari hati. ikhlaskan hati anda untuk berubah. walau tidak banyak hanya sedikit pun dah kira bagus. anda semua manusia yang dikurniakan akal fikiran. berfikirlah. saya ingin berubah. biarlah saya berubah sedikit demi sedikit dan mengikhlaskan hati supaya saya menjadi seseorang yang lebih baik. insyaallah.. =)
No comments:
Post a Comment