June 25, 2010

between your heart and mind

hye.

today i want to share something with you. we used to know that "action speaks louder than words", but how about between your heart and mind.? which one will speak louder.? any idea.?

hmm.. most of time saya buat keputusan mengikut akal sebab kita memang dikurniakan akal untuk berfikir. yang mana baik, yang mana buruk. dalam pada masa yang sama, adakah apa yang anda fikir synchronize dengan hati anda.?

orang tua kata, bertindak ikut akal, jangan ikutkan perasaan. masalahnya, kita ada kedua-duanya sekali. for me, anda sendiri tahu apa yang anda nak. samada keputusan yang bakal dibuat nanti menggembirakan atau sebaliknya. akal ni pandai sebab dia boleh tipu anda dan juga hati. tapi, hati tak pernah sesekali berbohong.


"maafkan saya sebab buat benda macam ni kat awak. saya pun tak sedar dengan apa yang saya dah buat. mungkin saya terlalu ikutkan hati dan perasaan. maafkan saya."


kalau kes macam ni, nak buat apa.? benarkah dia terlalu ikutkan perasaan.? takkan tak terdetik dalam akal fikirannya untuk berfikir, betul ke apa yang aku buat ni.? bagi saya, ini benda bodoh.! takkan la sepanjang masa nak bagi alasan kerana terlalu ikutkan perasaan.? tak ambil masa untuk berfikir ke.? adakah kata hati itu nafsu.? hmmm, saya pun tak pasti.

adakalanya, ketika saya tidak dapat berfikir dengan rasional, saya akan dengar kata hati. contohnya, masa exam, otak blank tak tahu nak jawab ape. at last duduk berdoa dan dengar kata hati nak jawab apa. selalunya, kalau melibatkan masalah perasaan dan kemanusiaan, saya ikut gerak hati. ya, hati saya sangat lembut jika dibandingkan dengan akal saya yang begitu ego. 


adakalanya, kita perlu membuat keputusan yang susah. kita tahu yang kita sedang tipu diri sendiri. tapi, kalau itu yang terbaik, bagaimana.? takpe, hati masih boleh dipujuk kan. dalam hidup, kadang-kadang kita tak boleh nak fikirkan tentang perasaan diri sendiri sepanjang masa. tapi, janganlah asyik nak fikir pasal orang lain je plak. susah jadinya. 

saya jenis orang yang selalu bermimpi. tak pasti kalau saya berfikir terlalu banyak atau apa. tapi, mimpi itu selalu berikan saya jawapan. percaya tak kalau saya katakan yang kebanyakan mimpi saya adalah benar.?

cara saya senang saja. saya berfikir apakah yang terbaik untuk saya dan tanya hati, adakah saya akan gembira dengan semua ini.?

mungkin kita rasakan itu yang terbaik padahal itu adalah yang terburuk. mungkin kita rasakan itu yang terburuk padahal itu adalah yang terbaik. sesungguhnya, allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk anda.



somehow, you still need to make the decision. between your heart and mind, who will speak louder.? you know the answer. do what makes you happy. ^_^




p/s: my old post tak de kene mengena dengan apa-apa taw. jangan salah faham.! i'm not in love ok. haha.

No comments: