hello
what's on my mind.? tiba-tiba terfikir, kenapa manusia perlu membezakan antara satu sama lain.? contohnya orang kaya dengan miskin, pandai dengan kurang pandai, alim dengan nakal, jahat dengan baik. perlu ke kita membeza-bezakan.?
ok, bukan nak cakap besar. tapi ini realiti. for example, haritu kete kawan aku pancit kat tepi jalan. then, ada sorang jejaka yang baik hati datang membantu. and i sent him SMS to say thank you. i don't mind making lots of friends. then, dia cakap "tak kisah ke kawan dengan saya.? saya hanya orang biasa. tak pandai macam korang semua.." hmm. kenapa perlu berfikir macam tu.? aku tak kisah siapa kau. asalkan niat kau baik. kalau jahat, aku takkan ikut perangai jahat tu. tapi, aku mungkin boleh menjadi sahabat that you can rely on.
pada mulanya, aku tak faham macam mana perasaan dia. tapi, bila aku ada sekumpulan kawan-kawan yang baik dan alim gila. sampaikan aku rasa diri aku ni macam jahat sangat, banyak buat dosa dan aku tak layak nak kawan dengan mereka. makin lama aku makin jauhkan diri. aku lebih selesa dengan kawan-kawan yang kira 'sekepala' dengan aku. kenapa aku perlu berfikir macam tu.? mungkin kini aku faham apa yang dia rasa.
tapi kan, korang pernah terfikir tak. kalau kita asyik dengan kelompok kita sekarang, sampai bila kita nak berubah menjadi seseorang yang lebih baik.?
conclusion aku sendiri ialah, manusia ni ada hati dan perasaan. kita kene pandai memujuk dan ambil hati mereka kalau dalam niat kita nak bawa mereka ke jalan yang betul. janganlah nak main isolate je hanya kerana kita tak sehaluan. kesian kot.
p/s: aku bersifat neutral. aku kawan sahaja dengan sesiapa. jangan takut dengan aku ok.! masa dulu aku suka gigit orang, tetapi tidak lagi untuk sekarang.. >_<
.jpg)
No comments:
Post a Comment