assalamualaikum
jangan ingat sekarang ni musim bola si Jabulani yang mengundang pelbagai kontroversi di seluruh dunia. kat malaysia skang ni kontroversi dengan si bola berduri. apakah itu.? si durian lah.! sapa tak makan durian, jangan datang rumah aku. aku tahu orang pertama angkat tangan ialah cik izni. haha.
actually, aku suka makan durian. sedap. tapi, aku tak suka feeling lepas makan durian. mak oi.! kalau orang bosnia panggang aku, mesti berperisa durian. haha.
situasi dalam kereta:
blurppppppp..
hoi, sapa sendawa dalam kete ni.? bau durian siot.! busuk..
hehehehe.. lagi ok ape daripada bau ketiak kwn aku yg busuk..
abang..!!!! ~!@#$%^&*()
aku tekenang masa zaman mrsm dulu-dulu. aku ketua exco blok E. kiranye, segala tanah-tanah sekitar blok E tu aku yang punya. for your entertainment, blok E ni kaya dengan dusun buah-buahan. name it.! durian ada. nangka ada. belimbing ada. kelapa pon ada. dipendekkan cerita, bila musim durian, aku dan konco-konco exco yang lain berusha mencari durian. haha. kempunan kot time tu. orang sibuk pegi riadah, kitorang sibuk panjat pokok durian tu yang tinggi gile semata-mata tak nak bagi makcik kantin amek dulu buah tu. siap bergaduh dengan makcik kerek tu. dengan budak-budak pon nak berkira ke.? sengal sungguh kami. ni keje teha hassan la ni! kau memang exco aku paling bagus.! haha
memandangkan tak de parang, camne nak kopek kan.? ntah datang idea dari mana, kitorang pakai sudu. teror gile. memang btol. nanti korang try la pakai sudu. mana durian yang muda, siap diperam lagi dalam baldi. korang ni memang kelakar.!
bengkok sudah bontot sudu tu..
kejayaan tentera durian
mari aku perkenalkan barisan tentera durian: izni (ni x masuk dalam senarai), aku, teha, miwa dan ana. tak dilupakan exco import dari blok F: mek dayah rosman. haha
tentera durian. anda di mana.? nyatakan koordinat lokasi. aku rindu =(
dayah rosman sekarang blaja kat russia dan teha blaja kat vanderbilt. mesti korang pon kempunan gile nak makan durian kan.? aku nak menikmati saat-saat terakhir di malaysia dengan menikmati durian. nyahkan semua bau-bauan itu. haha.
kisah buah nangka pun ada. nantilah cerita. bila tiba musim si jackfruit. LOL
p/s: sape kata aku budak skema lagi baik kat maktab.? i have my own dark secrets too. >_<
2 comments:
teringat tyme tunas saintis..hahaha..kite pnjt pokok ngke kot, pastu ade byk kerengge..gile kabaq kat hang..hahaha..
rindu tyme tuh..:(
ha;ah.. gamba durian tu masa tunas saintis.. awk lah tukang panjatnye.. sy tukang makan je.. haha..
mmg rindu giler time tuh.. kat russia x de pokok durian ke..? ade buah ape kat sana.? ;)
Post a Comment