assalamualaikum
turun dari kereta:
ayah, bulan mengambang lah harini. cantik...!!!
apa plak mengambang. kan bulan separa je tu.
ye ke.? apsal angah nampak macam penuh je.? (sambil mengecilkan mata)
lalu, ayah pegang tangan aku dan tunjukkan aku jalan masuk ke masjid. ni sebab ko tak pakai specs lah cik izzati oi. =.="
***************
kalau diimbas masa-masa silam, setiap kali aku duduk saf makcik-makcik mesti kene halau. katanya budak kecik kene duduk saf belakang. errr, tapi aku dah besar lah makcik. nak jadi bini orang pon bley.
semalam aku dapat duduk saf pertama, sebelah seorang perempuan tua. raut wajah dia putih bersih je. mungkin umur dia dalam 70 lebih. cuak gak takut kene halau duk saf blakang ke kan. tapi, tidak untuk kali ini. nampaknya, aku dah besar la. haha. selepas habis solat, aku salam nenek tu. lama sangat dia pegang tangan aku dengan lembut dan peluk aku. nampak kegembiraan kat wajah dia. aku biarkan je la dan ucapkan selamat berpuasa nek.
bila aku teringat, aku fikir, "nenek ni sorang je ke.? anak mana.? cucu mana.? takkan puasa sorang-sorang.? mesti dia rindu kat anak cucu dia." hmmm. aku teringat iklan masyarakat dari HOT fm. warga emas tidak mengharapkan duet berkepuk-kepuk atau emas bergunung-ganang. apa yang mereka harapkan hanyalah sedikit masa, kasih sayang dan sedikit perhatian daripada kita.
kadang-kadang, ada je sesetengah perangai orang tua yang annoying dan berjiwa sensitif. biasalah tu kan. kita sebagai anak mahupun cucu perlulah banyakkan bersabar. kalau korang spend time kejap borak-borak dengan atuk atau nenek, mesti dia dah gembira sangat-sangat. contoh:
eh atuk, berselera makan plak harini.
ye lah, anak cucu balik makan sekali. mestilah berselera.
besar betul makna kepada seorang tua bila ada orang yang tersayang pulang menziarah.
ya allah, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. kau peliharalah mereka dan kau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil lagi. dan kau jadikanlah aku anak yang solehah. sesungguhnya, kau telah kurniakan ibu bapa yang terbaik untuk diriku. ^__^
sempena bulan ramadhan al-mubarak ni, luangkanlah sedikit masa untuk pulang ke kampung, berbuka puasa bersama mereka. walaupun sehari, mungkin bererti setahun kegembiraan untuk mereka.
renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s: puding jagung plak boleh..??? ;p
1 comment:
there's tears in my eyes when reading this.
Post a Comment