assalamualaikum
i'm not sure if korang dah dengar video ni ke blom. memang terhangat dalam facebook. rasa kelakar, geram, mengada-ngada dan kurang ajar pun ada. most of the time aku gelak je la. haha. pompuan jenis apalah dia ni.
bukanlah salah. tapi untuk long term agaklah salah jugak. kalau setakat jual burger macam mana nak dapat duit banyak.?
untuk statement di atas, aku rasa ada jugak kebenarannya. LONG TERM EFFECT. eh, tapi aku bukan mata duitan ok.! duit memang penting, even nak masuk jamban pun kene bayar 20 sen. silap-silap nanti nak bernafas pun kene bayar.
from my own opinion, wanita mementingkan masa depan. tak semestinya nak kawin dengan anak raja or jutawan. yang penting ada jaminan masa depan. tak salah gak apa yang pompuan tu cakap. cuma, agak kasarlah. berdasarkan apa yang dia cakap, pompuan tu memang mata duitan. kalau bf baru dia dengar gerenti kene reject terus. lol.
bagi aku, kalau nak cari suami, carilah yang ada masa depan. masa depan.??? macam mana kita nak tahu masa depan kita.? mungkin bro yang jual burger ni leh jadi kaya macam burger otai ke kan. ada banyak cawangan burger seluruh malaysia. kita tak tahu timbul tenggelam nasib seseorang. contohlah, bayangkan kalau kau berkahwin dengan mat rempit ke, penagih dadah ke, bekas banduan ke. agak-agak korang boleh lihat masa depan yang cerah tak.? sila geleng kepala. walaupun cinta itu buta, tapi jangan jadi bodoh.
aku takkan cari suami yang kaya-raya. cukuplah sekadar ada masa depan dimana aku boleh lihat dia mampu menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu menjadi ketua keluarga. pasal duit.? aku lebih suka kalau aku jadi kaya atas usaha sendiri. itu lagi best. memanglah wang tak menjamin kebahagiaan, tapi kita masih memerlukan wang untuk merasai sedikit kebahagiaan tu. (apa maksud ayat ni.?) ^__^
p/s: ada pre-departure briefing esok. 20 days left.
No comments:
Post a Comment