December 17, 2010

i just need a little push.


assalamualaikum


so readers, have you discovered "who is your ismail.?". i've discovered mine when i have to choose between... nevermind, i don't have to tell you. ;p



orang kata, peluang hanya datang sekali. begitu juga dengan hidayah. masa aku sekolah biasa, aku tak pernah jaga solat 5 waktu. badan terlalu penat berulang hari-hari naik bas dan terpaksa jalan kaki lebih kurang 15minit. memang sangat jauh dengan allah.




alhamdulillah, allah sayang aku. aku dapat masuk mrsm. pada mulanya, atas dasar tanggungjawab yang dipikul kat mrsm, aku mula menjaga solat, pergi surau, baca mathurat dan mula mengaji. rupanya, ada hikmah aku datang ke sini. bayangkan, apabila umur aku 16 tahun barulah aku mula sedar akan tanggungjawab ku sebagai orang islam. so pathetic kan.?




alhamdulillah, allah masih sayangkan aku. allah bagi aku peluang untuk belajar kat bumi UK. bila kat sini, aku mula sedar betapa indahnya islam dan betapa jauhnya aku tersasar dari landasan allah. aku sedih melihat keadaan diri aku sendiri. aku ingin sangat berubah. aku umpama nak mulakan langkah pertama, tapi aku masih ragu.



kenapa aku masih ragu.? kerana aku masih tercari-cari siapakah 'ismail' yang menjadi penghalang antara aku dan allah.



"adakah sahabat aku boleh terima diri aku yang baru.?"
"bagaimana tanggapan orang lain terhadap aku nanti.?"
"terlalu banyak benda indah di dunia ini yang aku harus tinggalkan."


itu adalah perkara yang kerap kali bermain di fikiran aku setiap kali aku nak mulakan langkah pertama. its not that easy to make your first step. now i know, "TANGGAPAN MANUSIA dan KESERONOKAN DUNIA" are my 'ismail'.



pada suatu malam, aku berniat dalam hati, "ya allah, tegurlah aku di mana salahnya diriku" dan muka membuka tafsir al-quran secara random and i got this ayat:


"..... sekaligus mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. (oleh syaitan) terasa indah bagi mereka perbuatan-perbutan buruk mereka. dan allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (surah at-taubah : 37)



aku terkedu baca ayat tu. aku tahu semua itu dosa, tapi aku masih tak mampu nak meninggalkannya. aku masih dalam dilema. 



ada orang kata, "izzati, kau buatlah solat istikharah." the point is, buat apa aku nak buat solat istikharah padahal aku dah tahu terang nyata lagi bersuluh bahawa penghijrahan aku ke jalan allah adalah yang terbaik. antara dosa dan pahala itu sangat jelas.



aku ada dengar talk pasal maal hijrah:


"dan barangsiapa berhijrah di jalan allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak." (surah an-nisa: 100)



subhanallah. dalam hidup, apabila kita ingin dapatkan yang terbaik, kita harus kehilangan sesuatu. "when you get somehing, you will have to lose something". 



tapi, aku percaya yang allah akan selalu berada dengan hambanya yang soleh dan solehah. the matter is, "i'm still afraid and i just need a little push.!"




my dear readers, don't judge me.! aku seorang manusia yang tak sempurna. tahap keimanan aku pun ada pasang dan surutnya. apa yang aku harapkan adalah doa dari kalian agar aku sentiasa mendapatkan yang terbaik dan aku mampu melalui semua halangan ini. aku akan doakan yang sama untuk kalian.




"wahai hati, apakah yang kau mahu.???"



kita mulakan step by step ye... ^__^















p/s: i don't know why i wrote this. i need a way to express my feelings and worries.

p/s: maaf kalau my 'future post entry' akan ada video youtube dan cerita keluarga aku yang merepek kerana aku juga insan biasa.

2 comments:

tehot said...

izzati, teha ada belajar sesuatu.
kita nak berubah kena taw sebab apa. bukan sebab manusia atau benda atau pape la.

kalo tersalah niat boleh membawa kepada riak dan syirik kecil.

berubah je. tp biar berpada kot yg teha bley kate. berpada bila nak mengajak org ke arah kebaikan dgn cara yg betol.

huhu. teha mesti tertinggal sesuatu ni. nnti i'll let u noe istilah yg betol pasal nak berubah ni k..hehe..

:)

Anonymous said...

kak zati, mmg betul when we you get something, you will to lose something.

but when we got something yg betul2 bermakna.bersyukur sgt. tp kadang2 syaitan memainkan peranan die, cakap pasal yg kite lose lose tuh.

kuatkn smgt ye kak zati!