December 6, 2010

will you marry yourself.?

assalamualaikum


alhamdulillah, sempat mendengar kuliah online daripada ustaz erfino.! best gile weiyh. topik: kahwin.! hahahaha. aku pada mulanya dengar dengan mamai-mamai, terus jadi segar-bugar. tak jadi nak study fluid mechanics. 5 pages nota aku buat pasal bab ni. ada sesapa nak fotostat.? LOL.


let me point out the main points. 


"jodoh ini kurniaan allah. jodoh ini rezeki. kita harus berusaha mencarinya. jodoh yang kita dapat itu berdasarkan usaha kita juga. you deserve someone better and go find it.!"


"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan jahat" (an-nur : 26)



mungkin kadang-kadang kita rasa yang kita tak layak dengan orang tu sebab dia baik. jadikan ini sebagai motivasi kepada kita untuk berubah menjadi seseorang yang baik supaya sekufu dengan orang itu. agak-agak, kau nak tak kahwin dengan diri sendiri tak.? will you marry yourself.? kalau kau sendiri tak sanggup nak kahwin dengan diri sendiri, apatah pula untuk orang lain kan.???


have you put enough efforts to get the best.? kita perlu berusaha dari segi persiapan diri untuk dapatkan jodoh yang baik. jodoh yang baik itu ialah rezeki. 


Tips-tips untuk cari jodoh.  ^__^


1. Memahami dan mengenali insan tersebut

- semua orang impikan pasangan yang soleh dan beriman tapi, semua manusia tak sempurna. malah diri kita sendiri pun tak berapa sempurna. jadi, kita memerlukan kesediaan untuk menerima orang yang sama level dengan kita. 
- kita selalu buat list "ciri-ciri pasangan idaman". cuba tanya diri sendiri. adakah kita termasuk dalam ciri-ciri pasangan yang diidamkan.? evaluate yourself first.!
- wanita islam perlu jaga maruah diri dan iman. utamakan agama dalam segala hal. pilihlah pasangan kerana agamanya. 
- "carilah insan dan kita akan menjadi insan"



2. Manhaj - Tentukan jalan

- dalam sesuatu perjalanan, kita boleh memilih nak sampai cepat, nak sampai lambat, ataupun nak berhenti mana-mana untuk berehat. sama seperti jodoh. terpulang kepada kita nak cepat ke lambat.
- pilihlah jalan yang membuatkan hati berasa tenang. biarlah tak kacak, asalkan hati rasa tenang setiap kali bersamanya.



3. Kerana Cinta

- cinta bukanlah sesuatu yang 'lagha' atau melalaikan.  cinta menjadikan segala kekurangan suatu kesempurnaan. 
- kita tak boleh nak menolak perasaan kasih dan sayang kepada seseorang.
- redha berlandaskan cinta. kita perlu redha dia jadi pasangan. menerima segala kelebihan dan kekurangan.
- cinta itu tak salah tetapi cara bercinta itu yang salah.
- cinta selepas berkahwin itu lebih best.
- couple itu tak best sebab kita dah tahu semua pasal pasangan. nanti lepas kahwin dah takde 'surprise surprise'. haha



4. Senaraikan faktor kewangan.

- janganlah terlalu meterialistik.
- kewangan itu masih penting dalam menjamin kebahagiaan rumahtangga.



5. Utamakan akhlak

- akhlak itu ialah benda baik yang buat tanpa perlu rasa berfikir.
   contoh: kalau nampak orang jatuh, kita tak gelak tetapi secara automatik kita akan terus tolong dia bangun.



6. al -jamal - kecantikan / kekacakan

- pandangan seseorang itu berbeza. mungkin kacak dimata kita tetapi bukan dimata orang lain.
- keelokan paras rupa itu penting untuk menimbulkan rasa kasih sayang.



7. Utamakan anak dara / teruna

- kalau boleh carilah yang anak dara atau teruna ye.! jangan cari yang janda atau duda. ramai lagi pilihan kat bumi ni.



8. Mencari kemuliaan

- banyakkan buat solat istikhara supaya kita dapat yang terbaik. petanda itu tak semestinya datang dalam bentuk mimpi tetapi boleh datang dari gerak hati.




conclusion:

kita perlulah sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. jodoh itu rezeki, kita harus berusaha mencarinya. kalau betul dia ditakdirkan jadi milik kita, dia akan jadi milik kita. kita sebenarnya layak untuk mendapatkan pasangan yang baik dengan syarat kita menjadi baik dahulu.


hah, apa lagi.! ayuh kita berusaha untuk mencari rezeki sebagai azam tahun baru. hihihi.



SALAM MAAL HIJRAH 1432H






part yang aku rasa comel gile. ni jawapan ustaz taw.!

Q: izzati, bila kau nak kahwin.?
A: saya akan berkahwin bila saya mendapat rezeki saya. ATAU. saya akan berkahwin apabila saya jumpa 'my man'. (sweet nye lah hai jawapan ustaz ni)


my dear man, i'll be searching for you. watch out..!!! haha.




ni ada siaran ulangan:















p/s: good luck dalam pencarian jodoh..!!! 



p/s: apa kene mengena soal cari jodoh dengan azam tahun baru ni ye.? aku pon blur apsal ustaz ni buat topic ni. but i really enjoy it. haha.

No comments: