Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

November 22, 2011

bonjour, paris.!


assalamualaikum


alhamdulillah, i had a not so great weekend in Paris. tempat idaman setiap peserta bila join sesuatu contest. "apa yang anda akan buat jika dapat hadiah wang tunai RM 1 juta.? saya ingin honeymoon bersama husband kat Paris". what a common answer. =.='



i don't want to write places of attraction in Paris but i want to write my own experience while i'm in Paris which i believed not most of the tourists experienced it. an eye opener towards the reality of the real world out there.




Scene 1: Spit right on your face.!

dalam train semasa on the way ke disneyland park, ada seorang mamat datang kat depan kitorang dan ludah for without any reason dan terus blah. yes.! spit right on our face. alhamdulillah, i stand quite far from him dan tak kene pun but my friends yang kene. kitorang terkedu dengan dengan incident tu dan ade sorang pompuan french ni tanya 'are you ok.?' dan curse mamat tu dalam bahasa french. masih dalam keadaan terkejut dan fikir its ok. we are here to have fun. don't ruin this trip. 





Scene 2: I feel like an artist

dalam train, ada seorang pakcik tua tepuk bahu. aku bangun dan nak bagi dia duduk but he refused to. then he started membebel in french. at first ok, tapi makin lama nada dia makin kuat, makin garang dengan muka tak puas hati. me thinking, "waddehek la orang tua ni membebel dengan aku.? aku tak faham bahasa kau.!" but i catched few words which made me feel so insecure. yes, very insecure.! he said something about america, gaddafi, muslim, muslim, muslim, muslim, muslim, muslim, and muslim and stomped his foot. satu gerabak pandang kitorang umpama kami ni artist yang naik public transport.



hati agak terubat bila tengok eiffel tower waktu malam dan kecantikan bandar Paris. i really love Paris, a lovely scenery but not their people. their people sux.! teringat incident dalam movie 'ayat-ayat cinta' di mana dua orang wanita america kene maki hamun oleh pak arab dalam train. incident aku lebih kurang sama macam dalam scene movie. aku maafkan pakcik tu. mungkin dia emosional. ye la, siapa yang tak sayangkan agama.? aku berdoa agar mereka akan mendapat hidayah untuk memeluk islam suatu hari nanti. i wondered what will happen if i stay a week in Paris.? entah-entah kene bunuh. =.='



pengalaman ni sangat berharga. aku tahu betapa dunia di luar sana tak selamat. selama ni aku pergi jalan kat negara yang islamnye okey dan rasa secure. kini, aku sendiri rasai kebencian terhadap agama Islam tu sendiri. ini tak bererti aku serik tapi lagi excited untuk explore negara yang bukan didominasi oleh orang Islam. bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pemandangan". 



to those yang planning nak ke Paris, especially Muslim, women and wearing hijab, please prepared mentally and physically for this kind of incidents. bukan nak menakutkan, cuma ingin mengingatkan. jangan cancel plak your trip to Paris. memang berbaloi. i guess Paris would be a better place without their citizens. ;p



more pictures on facebook.!









p/s: i guess, i'm getting matured. from a lady to a woman. ^___^

August 25, 2011

diari ramadhan 8


assalamualaikum


pegi teman ayah amek cousin kat ktm sg. gadut. terjumpa seorang lelaki bersih wajahnya tetapi jalan tak berapa sempurna seperti bertanyakan sesuatu kepada semua kereta yang sedang menunggu di situ. ayah turun dari kereta dan tinggalkan aku keseorangan yang rasa malas nak turun.



beberapa minit lepas tu, ayah suruh aku berpindah ke seat belakang sambil memapah lelaki tadi. aku bertanya kenapa.? ayah mahu menghantarnya pulang ke rumah. teksi takde kat stesen ktm ni. aku hanya menurut. 


"maaf ye pakcik susahkan pakcik harini"
"takpe. duduk dekat mane.?"
"saya call ayah, tapi mungkin ayah dah pergi masjid. saya tinggal kat fasa 3"



perbualan orang lelaki diteruskan. dalam hati aku tertanya, "kenapa ayah dia tak tunggu anak dia kat stesen tu.? kesian. takkan takde adik-beradik.?" dia ada bertanya perihal aku melalui ayah padahal aku boleh je jawab sendiri. aku mengerti sebabnya. tersentuh di hati dan aku menghormati. aku tak keluarkan suara pun dalam kereta.



perjalanan diteruskan sambil di minda aku dia mempunyai sebuah keluarga seperti aku. sebuah keluarga yang sempurna seperti orang lain. bila tiba je di hadapan rumahnya, aku menitiskan air mata bila membaca,



"Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya"




masyaallah. rasa terkedu sangat. siapakah sebenarnya 'ayah' yang dikatakannya.? dia ada ayahkah.? ada ibukah.? adakah selama ni dia tinggal di sini.? siapa yang biaya pembelajarannya.? bagaimana dengan persiapan rayanya.? ramai lagi ke kanak-kanak kurang upaya kat sini.? cukup makankah.? pakaiannya.? 




sampai sekarang aku berfikir. apakah sumbangan aku kepada orang yang dilahirkan istimewa di sisi allah.?  aku sentiasa leka dengan rahmat yang allah kurniakan. adakah aku akan cukup tabah jikalau aku dilahirkan tidak sempurna.? adakah aku akan cukup tabah jikalau allah menarik semua rahmatnya dariku.? astaghfirullah.




satu perkara yang aku belajar: "walaupun kadang kala kita tak sempurna, allah itu sentiasa ada untuk menyempurnakan hari kita"





apa yang aku pasti, dia sangat tabah orangnya. semoga allah merahmati saudara.









p/s: jom kita kongsi rahmat yang allah kurniakan dengan saudara-saurada yang lain. berikanlah sinar kegembiraan dalam hidup mereka walaupun seketika. =)

March 19, 2011

supermoon.!


assalamualaikum


its supermoon tonight..!!! thank you teha for letting me know about this. apa itu supermoon.? baca kat sini.!




subhanallah. cantik sangat. sebenarnya, bulan semalam pun cantik jugak. masa habis meeting around 11pm, aku balik opal2 diiringi dengan cahaya bulan yang sangat terang.! nampak bulan tu dekat je dengan muka. rugi plak tak snap picture smalam.


korang nampak tak.? i snap this picture from my room. sorry, tak clear sangat lah. 

bulan yg ade arrow tu taw.! yg besar tu is a reflection from my window.
but i did capture clearly with my heart and mind. =)


bulan membuatkan aku rasa gembira malam ni. i'm so amazed.! though we are far apart, in different latitude and longitude, we are staring at the same moon. ^__^


Talking to the Moon  
Trying to get to You 
In hopes you're on 
the other side 
Talking to me too

























p/s: i'm going to sheffield botanical garden tomorrow. ada tupai yang jinak..!!!! heeeee.... =D

February 19, 2011

fobia.?


assalamualaikum


entah kenapa, aku rindu zaman sekolah.? kau rindu.? mestilah kan.! guess what.! its snowing at sheffield. aku ingat musim winter dah habis. rupenya belom lagi. no winter blues please. takpe, snow fight jom.!


aku ada satu fobia. mungkin pelik, tapi ini kisah benar. kisah ini bermula di asrama "Renaissance" MRSM Kuantan...


weiyh, apsal jamban kotor gile.? ada kesan taik merata-rata. ewww. sape berak tak basuh ni.?
tapi, apsal tanda ni lain macam je.? tak seperti tahi manusia biasa.
mustahil toilet kita kotor. asrama terbersih kot.! sape punya dajal ni.?


pada suatu hari, ketika dayah rosman masuk bilik air, dia menjerit ketakutan.


"awok, saya nampak biawak melingkar dalam mangkuk jamban.!"
"mu jangan main-main dayah oi. mana datang biawak dalam jamban plak.?"


aku pon dengan muka gagah masuk lah jamban tu. memang betul ada sekor biawak yang besar melingkar dalam mangkuk jamban.! agak besar sampai penuh la mangkuk jamban tu sambil menjelir-jelirkan lidah. OMG.!!! 


my roomate, ana yang tersangat berani pergi cucuk biawak tu dengan penyapu dari atas singki.? what.? ye, betol. lalu, terjadilah sesi kejar-mengejar seperti dalam filem kuch kuch hota hei.! sumpah lawak gile dan aku ingat sampai sekarang. riuh rendah satu asrama dibuatnya. biawak tu yang cuak, bukannya kitorang. LOL. 


lepas peristiwa tu, dekat seminngu gak la kitorg tak masuk jamban tu. tumpang jamban dan bilik air orang lain. fobia kot.!!! hahahaha.


and yes, sampai sekarang aku fobia btol dengan mangkuk jamban. bukan semua jenis mangkuk jambanlah. aku fobia dengan mangkuk jamban cangkung tu. mana taw, tiba-tiba keluar biawak dari lubang jamban tu. boleh sakit jantung kot.! so, aku lagi prefer jamban duduk. aku tahu ini kelakar, tapi betol weiyh, aku fobia sampai sekarang.!


kurang asam punya biawak.!


ok.! terasa nak muntah.!

February 12, 2011

yorkshire wildlife park


assalamualaikum


last decision made, we went to yorkshire wildlife park. yup, i'm an animal lover. boleh ganti steve irwin tak.?







 ayah: jom skype. kat mane ni.? apsal tak on9.?
 me: kat zoo.!!! jumpe binatang. best.!
 ayah: korang yang tengok binatang ke binatang yang tengok korang.?
 me: errr... i guess the second one. hahaha. kita skype esok eh. babai...








for more pictures, usha kat fb ye.


fact: binatang kat UK wangi... tak busuk macam binatang kat malaysia... hahaha.. =D



i love nature. aku prefer pergi lake garden, zoo, park, pantai, sungai, bukit, taman selayang sambil tengok orang main layang-layang dan sewaktu dengannya rather than shooping mall, tengok wayang or main bowling.  as simple as that. aku teringat masa aku pergi pameran dinosaur kat midvalley. hahaha. itu sangat lawak, but hey, thanks to you sebab temankan. i can't erase those memories.


next stop: SEA LIFE..!!!


thanks a lot to syeda exaty, afiqah nordin, natasha iman and hanif hamzah. happy sampai tercirit. haha. =D























p/s: orang lain sibuk buat stadium tour, aku sibuk buat wildlife park tour. insyaallah, aku nak gak pegi melawat sume stadium kat UK ni... =)

December 6, 2010

will you marry yourself.?

assalamualaikum


alhamdulillah, sempat mendengar kuliah online daripada ustaz erfino.! best gile weiyh. topik: kahwin.! hahahaha. aku pada mulanya dengar dengan mamai-mamai, terus jadi segar-bugar. tak jadi nak study fluid mechanics. 5 pages nota aku buat pasal bab ni. ada sesapa nak fotostat.? LOL.


let me point out the main points. 


"jodoh ini kurniaan allah. jodoh ini rezeki. kita harus berusaha mencarinya. jodoh yang kita dapat itu berdasarkan usaha kita juga. you deserve someone better and go find it.!"


"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan jahat" (an-nur : 26)



mungkin kadang-kadang kita rasa yang kita tak layak dengan orang tu sebab dia baik. jadikan ini sebagai motivasi kepada kita untuk berubah menjadi seseorang yang baik supaya sekufu dengan orang itu. agak-agak, kau nak tak kahwin dengan diri sendiri tak.? will you marry yourself.? kalau kau sendiri tak sanggup nak kahwin dengan diri sendiri, apatah pula untuk orang lain kan.???


have you put enough efforts to get the best.? kita perlu berusaha dari segi persiapan diri untuk dapatkan jodoh yang baik. jodoh yang baik itu ialah rezeki. 


Tips-tips untuk cari jodoh.  ^__^


1. Memahami dan mengenali insan tersebut

- semua orang impikan pasangan yang soleh dan beriman tapi, semua manusia tak sempurna. malah diri kita sendiri pun tak berapa sempurna. jadi, kita memerlukan kesediaan untuk menerima orang yang sama level dengan kita. 
- kita selalu buat list "ciri-ciri pasangan idaman". cuba tanya diri sendiri. adakah kita termasuk dalam ciri-ciri pasangan yang diidamkan.? evaluate yourself first.!
- wanita islam perlu jaga maruah diri dan iman. utamakan agama dalam segala hal. pilihlah pasangan kerana agamanya. 
- "carilah insan dan kita akan menjadi insan"



2. Manhaj - Tentukan jalan

- dalam sesuatu perjalanan, kita boleh memilih nak sampai cepat, nak sampai lambat, ataupun nak berhenti mana-mana untuk berehat. sama seperti jodoh. terpulang kepada kita nak cepat ke lambat.
- pilihlah jalan yang membuatkan hati berasa tenang. biarlah tak kacak, asalkan hati rasa tenang setiap kali bersamanya.



3. Kerana Cinta

- cinta bukanlah sesuatu yang 'lagha' atau melalaikan.  cinta menjadikan segala kekurangan suatu kesempurnaan. 
- kita tak boleh nak menolak perasaan kasih dan sayang kepada seseorang.
- redha berlandaskan cinta. kita perlu redha dia jadi pasangan. menerima segala kelebihan dan kekurangan.
- cinta itu tak salah tetapi cara bercinta itu yang salah.
- cinta selepas berkahwin itu lebih best.
- couple itu tak best sebab kita dah tahu semua pasal pasangan. nanti lepas kahwin dah takde 'surprise surprise'. haha



4. Senaraikan faktor kewangan.

- janganlah terlalu meterialistik.
- kewangan itu masih penting dalam menjamin kebahagiaan rumahtangga.



5. Utamakan akhlak

- akhlak itu ialah benda baik yang buat tanpa perlu rasa berfikir.
   contoh: kalau nampak orang jatuh, kita tak gelak tetapi secara automatik kita akan terus tolong dia bangun.



6. al -jamal - kecantikan / kekacakan

- pandangan seseorang itu berbeza. mungkin kacak dimata kita tetapi bukan dimata orang lain.
- keelokan paras rupa itu penting untuk menimbulkan rasa kasih sayang.



7. Utamakan anak dara / teruna

- kalau boleh carilah yang anak dara atau teruna ye.! jangan cari yang janda atau duda. ramai lagi pilihan kat bumi ni.



8. Mencari kemuliaan

- banyakkan buat solat istikhara supaya kita dapat yang terbaik. petanda itu tak semestinya datang dalam bentuk mimpi tetapi boleh datang dari gerak hati.




conclusion:

kita perlulah sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. jodoh itu rezeki, kita harus berusaha mencarinya. kalau betul dia ditakdirkan jadi milik kita, dia akan jadi milik kita. kita sebenarnya layak untuk mendapatkan pasangan yang baik dengan syarat kita menjadi baik dahulu.


hah, apa lagi.! ayuh kita berusaha untuk mencari rezeki sebagai azam tahun baru. hihihi.



SALAM MAAL HIJRAH 1432H






part yang aku rasa comel gile. ni jawapan ustaz taw.!

Q: izzati, bila kau nak kahwin.?
A: saya akan berkahwin bila saya mendapat rezeki saya. ATAU. saya akan berkahwin apabila saya jumpa 'my man'. (sweet nye lah hai jawapan ustaz ni)


my dear man, i'll be searching for you. watch out..!!! haha.




ni ada siaran ulangan:















p/s: good luck dalam pencarian jodoh..!!! 



p/s: apa kene mengena soal cari jodoh dengan azam tahun baru ni ye.? aku pon blur apsal ustaz ni buat topic ni. but i really enjoy it. haha.

November 27, 2010

aku cuma nak bagitahu

assalamualaikum













i am extremely happy today.!!!





look at my big smile.









can you feel how i feel.?









^_________^










p/s: aku tak jakun, cuma excited. walaupun umur 20 tahun, jiwa masih 2 tahun. haha. ;D

November 26, 2010

kalimah syahadah

assalamualaikum

alhamdulillah, semalam allah bukakan pintu hati aku untuk hadir ke usrah walaupun badan terasa amat penat sekali sebab kelas full dari pukul 9pagi sampai 5petang. otak yang penat memikirkan hal-hal exam. aku pon nak exam jugak.! aku pon nak study jugak.! terima kasih allah kerana sering ingatkan aku walaupun kadang-kadang aku terlupakan-Mu.



alhamdulillah, semalam berkesempatan join halaqah dengan sisters dari jordan. best sangat. terima kasih izzah, azlin, kak zu dan kak syaima-bukan-nama-sebenar yang berjaya pintu hati aku. you really inspired me.! insyaallah, aku akan kongsikan apa yang aku pelajari semalam. semoga ia bermanfaat kepada semua. "sebarkanlah ilmu, walaupun hanya sebaris ayat".




bilakah kali pertama anda menyebut kalimah syahadah.?
bilakah kali pertama anda declare anda ni islam.?
masihkah ingat tarikhnya.
apakah yang anda faham dengan kalimah syahadah.?



subhanallah. aku terdiam. berfikir. aku tak tahu bila kali pertama aku mengucap dua kalimah syahadah. masa kecilkah.? tapi, umur aku berapa.? aku TAHU maksud kalimah syahadah, tetapi adakah aku FAHAM maksudnya.? ya allah, jahilnya aku. aku mungkin faham subjek particle science, maths, chemical reactors dan sebagainya, tetapi kenapa aku tidak mengerti kalimah-Mu ya allah. aku terasa bodoh di situ. kau rasa bodoh jugak tak.? T_____T









syahadah itu sendiri membawa erti:

  • declaration (akui)
  • swear (sumpah)
  • promise (janji)



tahu tak betapa besarnya erti kalimah syahadah yang diucapkan paling kurang pun 9 kali sehari dalam solat.? kau telah bersumpah dan berjanji bahawa kau mengakui allah itu ialah tuhan-Mu. cuba kau fikir, adakah kau mengotakan janji ni kepada-Nya.?


kita harus faham konsep al-baraq dan al-walaq dalam proses untuk mengerti maksud kalimah syahadah yang sebenar.



Al-Baraq (melepaskan diri)

al-baraq itu bererti kufur, memusuhi, memisahkan diri dan benci kepada semua benda kecuali allah. dalam erti kata lain, menghancurkan semua kepercayaan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan allah. tiada yang lain.


Al-Walaq (setia)

al-walaq itu secara general bererti kita membina kesetiaan terhadap allah. bagaimana.? dengan taat kepada-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya dan cinta kepada-Nya. kalau difikirkan zaman sekarang, manusia bertuhankan manusia, bertuhankan harta dan pangkat di dunia. adakah ini erti syahadah yang difahami.?




ambil masa, cuba fikir. setiap hari kita melafazkan kata janji ini dengan ALLAH. tetapi, adakah benar kita mengotakan janji ini.? memungkiri janji hukumnya berdosa besar. tepuk dada, tanya iman.



marilah kita sama-sama menuju ke arah kebaikan. sebelum membuat sesuatu perkara, cuba tanya, "allah suka ke kalau aku macam ni.? allah bagi ke aku buat macam itu.?" bila membaca rasa mudah, tapi sangat sukar untuk dilaksanakan. mintalah hidayah daripada allah agar diberi jalan supaya kita lebih dekat kepadanya. allah tahu apa yang anda fikir malah allah tahu apa yang terlintas di hati kecil kita. yang penting, ikhlaskan niat, segalanya kerana allah.






alangkah indahnya hidup ini jika hanya ada AKU dan ALLAH




aku teringin sekali menjalankan transformasi menjadi insan yang lebih baik. ayuh mulakan dengan benda simple. aku tengah train diri aku untuk melabuhkan tudung. kalau sebelum ni, aku suka tudung stail bulat, kali ni aku tukar ke stail 'butterfly'. lagi menutup aurat bukan.? izzati, fighting.!!!  ^__^



aku takkan putus asa mengajak sahabat-sahabat aku ke arah kebaikan. walaupun sms aku tak diendah, ajakan aku dipandang sinis. takpe. sebab aku sayang kau, aku takkan putus harapan walaupun aku bukanlah orang yang penyabar. 
























p/s: maaf jika kau tak faham apa yang aku cuba sampaikan. penulisan aku tidaklah begitu bagus. kalau nak suruh aku cerita in person pon boleh. izzati kan suka bercerita. siap dengan emosi dan aksi. haha. =D

November 23, 2010

heeee.. ^__^




sebelum tido, usha weather forecast dulu. 
kene plan pakai baju apa esok. 
(macam ni lah kalau nak jadi pompuan)
 ^__^


dan encik weather forecast membuatkan aku tersenyum. 
kenapa.? 






notice the weather on thursday and sunday. 
new weather for me i guess. 
i'm so excited to wait for those days. 
nak rasa apakah itu scattered flurries 
and apakah itu snow showers. 
dah bosan dengan cuaca yang sejuk dan berangin-angin.






hello pakcik snowman. 
bila nak datang sheffield.?




pakcik weather forsecast, 
jangan hancurkan harapan aku. 
tak baik menipu. 
kalau tipu berdosa, masuk api neraka. 
hehe.



good night readers.




assalamualaikum




p/s: kalau tak btol pon takpe. i'll wait. ^____^

November 18, 2010

100 years of disney magic

assalamualaikum


apakah perasaan kalian bila mimpi impian kecik-kecik dimakbulkan.? 


sila jawab. tolonglah jawab. fine, biar aku jawabkan. aku rasa happy gile sampai senyuman terukir dari hujung telinga kanan hingga hujung telinga kiri. mulut rasa nak terkoyak sebab asyik senyum. (ini hanyalah metafora) haha.



alhamdulillah, on 17 nov 2010 was a girls day out. kitorang pergi tengok disney on ice.! yeay.! walaupun umur kitorang 20 tahun, ada kami kisah.? yang penting, semangat zaman kanak-kanak. memang excited sampaikan siap bawak bekal. thanks a lot lisa. rugi plak tak pakai dress malam tadi. hehe.



ticket pon warna pink.!




the excited kiddos


the stage





agak-agak, ada orang nak propose kita macam ni tak.?
mestilah ada izzati. kita kan dah kene badi disney. happily ever after. amin. 
^__^









the disney characters



my all time favourite - MULAN.!
pegi usha video mulan kat facebook ea.



seriously, this show memang best. excited tengok disney characters. lepas ni, nak bawak anak-anak datang sini plak. haha.


kalaulah cekak rabbit yang ada lampu tu murah, dah lama aku beli. takpe-takpe. nanti pegi lagi. ^__^


thanks a lot lisa, sha, reyma, syeeda, tira, najlaa, barbara and ain for the great night.! nanti kite keluar sama-sama lagi ok.!





November 16, 2010

salam aidilada 2010

assalamualaikum


salam aidiladaha untuk semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. alhamdulilah, walaupun jauh berada di perantauan, semangat raya tu masih ada.  terima kasih wahai sahabat chemical engineering. korang memang the best.





walaupun kami tak pandai masak, tapi kami cuba sedaya upaya untuk masak juadah malaysia. rupanya, kitorang sume ada bakat terpendam. lepas ni, bolehlah selalu buat party. cakap je bile, i'll get ready. dengan ini diumukan, flat aku ialah tempat kite berparty ok.! hehe.



thanks a lot my beloved friends for those food: nasi lemak, nasi himpit, kuah kacang, nasi beriyani, cakes, bihun goreng, doritoz, apple crumble, kari kambing and more. it was finger licking good.! masing-masing dah boleh kahwin. haha.









to my beloved family, i'm doing fine here. don't worry. your ety is getting healthier day by day with good food. LOL. nanti kalo nak skype, miss call ok.! salam aidiladha from sheffield with lots of love from izzati ellyani si budak kecik suara comel.! (to all my cousins and sister, selamat menjadi bibik.! baru korang tahu betapa pentingnya aku. hahaha.)




i guess i've gained weight and height..!!!


♥ ♥ ♥ ♥ ♥


and and and, time nak ambil buku chemical reactor, terjumpa kad raya ni.! haha. ni lah kad raya terakhir dalam hidup. seriously, comel gile. gelak sorang-sorang bila baca balik. how come i brought along this kad raya heh.? this showed that how it is so important in my life. kepada si pengirim kad, salam aidiladha ye.!!! raya-raya jugak, jangan lupa baca buku. ^__^




"awak sememangnya sangat bertuah kerana awak ada saya"










p/s: i don't care what are the things wait ahead. i'll take all the consequences as i will fight for it and i will pray for the best. why.? because i've made up my mind and there is no turning back.

p/s: weeee.. esok nak tengok disney on ice..!!!

November 14, 2010

insyaallah

assalamualaikum



sorry, kalau teremosi recently. aku manusia yang berperasaan. ada air mata. kadang-kala aku rasa down gak. susah kot korang nak tengok aku down or menangis nih.!  alhamdulillah, i have gained my strength back.


hmmmm. i wanna share something with you. actually, fikiran aku agak bercelaru hari-hari sebelum ni. aku seorang yang suka hidup dalam realiti dan suka hidup aku ada matlamat. aku mesti tahu every reason aku perlu buat sesuatu perkara.


yup, its not easy for me to make this decision. (decision pasal ape, aku takkan bagitahu) at first, aku nak ignore je, but hati aku still nak kan tahu jawapan. lama gak aku fikir. 


then, one night aku bermimpi. mimpi ape.?


".... insyaallah... you will find your way..."


aku mimpi lagu maher zain - insyaallah. padahal aku bley kire bape kali je aku dengar lagu ni dan aku taklah die-hard-fan maher zain. alhamdulillah, senyuman terukir di bibir aku. aku google lirik lagu ni and finally, i've made my decision. aku harap, apa yang aku pilih ini adalah yang terbaik. insyaallah.







remember, allah always be by your side and ask for allah's guidance. cara allah nak bagi petunjuk kat setiap orang berbeza.


i feel lucky coz allah always answer to all my prayers. ^__^








p/s: we are friends and we are family. be strong everyone and chase your dream.! jadilah MUSLIM yang BELAJAR..

November 13, 2010

fall

assalamualaikum

alhamdulillah. tadi pergi melawat keluarga angkat di darnall bersama adik-adik angkat yang lain. best.! dapat makan sedap. ikan masin+nenas masak lemak, sayur sawi pakistan, ayam panggang, kacang rebus, pasta, donut and pau goreng.!!! seriously, aku dah kenyang gile.



sebelum ni, aku selalu tanya kenapa ayah suka jumpa kawan-kawan aku dengan kawan-kawan abang. bawak pegi makan, tolong serba-serbi. ayah cakap, "kita jangan harapkan balasan bila tolong orang. kalau kita senang, kita kongsi kesenangan dengan orang lain. insyaallah, kalau ayah jaga anak orang lain dengan baik, nanti ada juga orang yang akan jaga anak ayah." i guess what ayah said before was true. aku ada sebuah keluarga angkat yang sangat best kat sini. ^__^


hey, its fall. no more autumn in my heart. suhu kat sheffield skang ni dah mula sejuk. rasa nak bergulung-gulung dalam duvet je. sejukzzzzz.!!!



i really enjoy the views. cantik.!!!









thanks a lot wahai abang-abang dan kakak angkat kerana menceriakan hari aku. tak kira, aku nak jugak jadi adik, please.!!! hehe.



chop.! siapakah mereka.?


cuba teka.! nampak tak.? ke tak nampak.?
gambar ni membuktikan betapa comelnye aku. haha.





jap









scroll lagi









ok.! stop.!













hah.!

 merekalah.!!! valen, sha and ranzo.!!!
(baru nampak muka diaorang.!)








soalan trivia: kenapa pokok menggugurkan daun-daun waktu dah nak winter.?

jawapan izzati: kalau pokok ada daun, nanti bila salji turun, salji akan bertimbun atas daun-daun dan menyebabkan pokok tu patah sebab berat.

jawapan scientific: musim winter takde matahari. macam mana pokok nak buat proses photosynthesis. kan kan kan.? mesti kene berebut-rebut oxygen dengan pokok nanti. LOL