assalamualaikum
do you realize the sweetness of islam.? yes, i do. Allah ialah satu-satunya tempat untuk kita bergantung dan tempat untuk kembali. Apabila tiada sesiapa di sisi, aku tahu bahawa allah ada. allah dengar, allah lihat, allah faham, dan allah tahu segala-galanya. walaupun aku tak pernah menggambarkan siapakah allah, tetapi aku yakin dan beriman dengan allah. cukuplah sekadar aku meyakininya di dalam hati dan sentiasa merasakan kehadiran-Nya. =)
its always too early to quit.!
i'm so clumsy bila melintas jalan. setiap kali melintas jalan, mesti baca "bismillahirrahmanirrahim'. aku yakin, dengan bantuan allah, aku akan selamat sampai ke kelas tepat pada waktunya. tapi, bagaimana dengan orang yang tak percaya pada tuhan.? apakah yang dia akan fikir ketika melintas jalan.?
ketika jawab soalan exam, tiba-tiba rasa blank. sebagai orang islam, pasti akan berkata dalam hati, "Ya allah, tolonglah aku. tolonglah bagi aku ilham untuk jawab soalan ni". kita minta tolong pada siapa.? ada kita cakap, "ibu, tolong aku. ayah, tolong aku. kawan, tolong aku.". sebaliknya, kita meminta bantuan allah. tapi, bagaimana dengan orang yang tak percaya pada tuhan.? apakah yang dia akan fikir ketika tak dapat jawab soalan exam.?
ketika balik dari library keseorangan waktu tengah malam, apa yang aku mampu buat ialah bertawakal kepada allah. aku tahu bahawa allah sentiasa ada untuk melindungi aku. aku akan baca "bismillahitawakkaltualallah" dari library sehingga aku sampai dalam bilik. tapi, bagaimana dengan orang yang tak percaya pada tuhan.? apakah yang dia akan fikir ketika berseorangan tiada tempat bergantung.?
apabila kau jatuh, kau rasa lemah, hidup huru-hara, kepada siapa kau kembali.? pasti kau akan kembali kepada allah. minta doa banyak-banyak. dah menjadi fitrah manusia yang sering meminta. minta je banyak-banyak kat allah sebab allah takkan marah. fitrah manusia juga sebagai hamba yang lemah. tapi, bagaimana dengan orang yang tak percaya pada tuhan.? kepada siapakah mereka akan bergantung harap dan mengadu.?
ketika aku rasa down sangat, aku suka baca semula post aku yang ni: aku belajar sebab apa.? , fragile dan pujukan untuk hati yang lara. apabila sudah jatuh, jangan takut untuk bangkit. teruskan perjalanan dan yakinlah bahawa allah telah mencaturkan sesuatu yang lebih baik. =)
11 days till final exam. wish you all the best. minta maaf atas salah dan silap kerana aku juga insan biasa yang sering melakukan kesalahan. terima kasih atas segalanya. halalkan makan, minum, ilmu dan masa. from my side, aku dah maafkan dan tiada sekelumit perasaan marah di dalam hati. dan juga aku dah halalkan nota-nota aku yang korang fotostat. LOL. jom kita sama-sama berusaha menggapai kecemerlangan.! =)
jangan gentar mengejar mimpi,
yakin berani percaya diri..!
p/s: ^_______^

No comments:
Post a Comment