assalamualaikum
pegi teman ayah amek cousin kat ktm sg. gadut. terjumpa seorang lelaki bersih wajahnya tetapi jalan tak berapa sempurna seperti bertanyakan sesuatu kepada semua kereta yang sedang menunggu di situ. ayah turun dari kereta dan tinggalkan aku keseorangan yang rasa malas nak turun.
beberapa minit lepas tu, ayah suruh aku berpindah ke seat belakang sambil memapah lelaki tadi. aku bertanya kenapa.? ayah mahu menghantarnya pulang ke rumah. teksi takde kat stesen ktm ni. aku hanya menurut.
"maaf ye pakcik susahkan pakcik harini"
"takpe. duduk dekat mane.?"
"saya call ayah, tapi mungkin ayah dah pergi masjid. saya tinggal kat fasa 3"
perbualan orang lelaki diteruskan. dalam hati aku tertanya, "kenapa ayah dia tak tunggu anak dia kat stesen tu.? kesian. takkan takde adik-beradik.?" dia ada bertanya perihal aku melalui ayah padahal aku boleh je jawab sendiri. aku mengerti sebabnya. tersentuh di hati dan aku menghormati. aku tak keluarkan suara pun dalam kereta.
perjalanan diteruskan sambil di minda aku dia mempunyai sebuah keluarga seperti aku. sebuah keluarga yang sempurna seperti orang lain. bila tiba je di hadapan rumahnya, aku menitiskan air mata bila membaca,
"Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya"
masyaallah. rasa terkedu sangat. siapakah sebenarnya 'ayah' yang dikatakannya.? dia ada ayahkah.? ada ibukah.? adakah selama ni dia tinggal di sini.? siapa yang biaya pembelajarannya.? bagaimana dengan persiapan rayanya.? ramai lagi ke kanak-kanak kurang upaya kat sini.? cukup makankah.? pakaiannya.?
sampai sekarang aku berfikir. apakah sumbangan aku kepada orang yang dilahirkan istimewa di sisi allah.? aku sentiasa leka dengan rahmat yang allah kurniakan. adakah aku akan cukup tabah jikalau aku dilahirkan tidak sempurna.? adakah aku akan cukup tabah jikalau allah menarik semua rahmatnya dariku.? astaghfirullah.
satu perkara yang aku belajar: "walaupun kadang kala kita tak sempurna, allah itu sentiasa ada untuk menyempurnakan hari kita"
apa yang aku pasti, dia sangat tabah orangnya. semoga allah merahmati saudara.
p/s: jom kita kongsi rahmat yang allah kurniakan dengan saudara-saurada yang lain. berikanlah sinar kegembiraan dalam hidup mereka walaupun seketika. =)
No comments:
Post a Comment