Assalamualaikum
Setiap kali sikat rambut mesti tersengih sorang-sorang. Masa kecik-kecik, aku paling malas nak sikat rambut sampaikan ayah akan panggil dan sikatkan sebelum keluar rumah. Bajet rambut cantik guna jari pun boleh. Bila seorang lelaki bernama ayah yang sikatkan rambut anak gadis, faham-faham je la hasilnya macam mana. Bila dah besar, rasa malas itu kadang-kadang menjelma juga. Tetiba teringat movie papadom. :p
Aku juga gadis yang tak suka mekap. Bukan tak suka, tapi adjektif yang teramat sesuai adalah malas.! Kekadang, tengok orang lain cantik mekap-mekap, teringin jugak. Tapi malas.! Cukuplah sekadar pakai ubat ketiak. Aku paling anti dengan orang ketiak busuk. Biar muka buruk, asalkan ketiak wangi okeyh.! Dah besar sikit rajin gak pakai perfume. Kalau terlebih rajin baru pakai lipgloss. Pembayang mata dan segala jenis pembayang serta compact powder pun aku malas nak pakai. Pernah suatu ketika ayah suruh aku tepek bedak sikit dan lipgloss sebab buruk benau ghomannyeee. Fine ayah, fine.! Alat-alat penjagaan kulit apatah lagi. Inilah rahsia kejelitaan kulit wajahku. Haha. Bagi aku, asalkan kemas dan tiada bau yang menusuk hidung serta kalbu sudah cukup untuk aku keluar rumah menikmati hari-hari yang indah. Wahaha. :D
Kadang-kadang, aku tak mengerti kenapa orang nak cakap, "Ala, cantik sebab mekap lettew.." Hokaloh, jeles lettew. Memang fitrah seorang gadis nak rasa cantik, kan.? Aku pun nak cantik. Tapi, janganlah berlebih-lebihan ataupun tabarruj.
Agnes comel ^^
Apakah motif entry ini.? Sebenarnya, aku nak cari orang tolong mekap kan aku waktu graduation day. Ada sesape yang sudi.? Haha. Aku siap psycho ayah suruh duduk sheffield sampai aku grad dengan berkata, "What's the point if I'm graduating with first class but you are not here with me to celebrate my big day.?" Psycho tak.? Aku harap bukan ayah yang mekap kan aku pada hari itu. Eh, aku serius.! :D
p/s: arini aku berjaya masak sambal ikan bilis yang sedap. Terharu makan masakan sendiri. :D
p/s: aku baru perasan post aku banyak pasal study, motivasi.. study, motivasi.. Ah, boring.! Ubah angin sekali-sekala.. Aku manusia biasa yang ada jenaka, kesedihan dan cinta dalam hidupnya.. I feel more like me.! :)
p/s: aku baru perasan post aku banyak pasal study, motivasi.. study, motivasi.. Ah, boring.! Ubah angin sekali-sekala.. Aku manusia biasa yang ada jenaka, kesedihan dan cinta dalam hidupnya.. I feel more like me.! :)

5 comments:
Finally.!! ada pon topic lain.. haha
sebab ada sorang director filem melamar untuk jadikan kisah hidup saya sebagai sebuah filem kerana ia penuh misteri.. :D
sy pun x suka mekap..sbb it takes a lot of time yg bleh digunakan utk wat benda lain..kan2.. ^^
but i wish to learn how to put on make up. just a simple make up. :D
foundation + compact powder..then lip balm..haha
Post a Comment