Assalamualaikum
Harapnye masih tak terlambat nak cuba durian crepe yang menjadi gilaan rakyat Malaysia. I'm not a big fan of durian, tapi boleh laaa. Ye ye, kat sheffield, united kingdom ada jual durian. Atas desakan, pujukan dan rayuan seorang kawan, moh le kite buat bersama. Seperti biasa, resepi pastilah daripada myresepi.
Cantik tak.? Berkilat-kilat durian crepe i tawww...
Masalah utama buat durian crepe ialah kulit lempeng yang senang koyak/pecah waktu balut. Hal ini mungkin disebabkan ketebalan lempeng yang tak sesuai. Tebal sangat atau nipis sangat. Bahagian ni memang kene experiment sampai jumpe portion yang sesuai. Sila pastikan lempeng tu sejuk dulu sebelum mula membalut atau lempeng korang akan berlubang-lubang. Haaaa, ni satu lagi tips berharga.! Bila lempeng tu dah masak, make sure sapu mentega on top of it to keep it moist and shiny. Jadi, lempeng tu tak senang koyak. Believe me. ^^
Memandangkan kitorang tak pernah rasa pun the original durian crepe, aku yakin durian crepe kitorang memiliki rasa yang sebenar. Hoho. Confident gile.! Aku rasa macam makan kuah durian atau ada orang panggil serawa durian. Burp.! Bau durian. Lepas ni nak try oreo crepe la pulak. :p
Makan durian crepe sahaja tidak dapat memenuhi perut yang ramping ini. Nasi lemak memang feveret aku. Aku dah terer masak sambal kot. Rasa seperti hari-hari nak masak sambal. Ayam panggang itu harus dicuba juga. Tibai blend suma bende yang ada dalam cabinet, ie: bawang merah, bawang putih, serai, halia, sos tiram, cili, blackpepper, madu, rosemary and gula. Lagi lama perap, lagi sedap. Simple, healthy and delicious. Teringin ayam percik pulak. Aaaaaa........
Aku selalu tanya ibu macam mana nak masak sesedap masakan ibu. Dengan sempoinye ibu cakap, "Ibu dulu pun tak pandai masak. Tapi, bile dah hari-hari masak, lama-lama jadi pandai laaa.." Yes, now i do believe in her words. Ehem.! :p
p/s: Alhamdulillah, abang dah selamat bertunang..! Excited nak dapat kakak. Penat lah jadi seorang kakak. Kak long cakap i dah makin ladies gituuuu... :p
1 comment:
have a nice day...
Post a Comment