August 3, 2009

Puzzle of Life


hari ni memulakan operasi mengemas rumah memandangkan sha n eyka akan bertandang ke teratak abdul rahman (my house) lusa. tiba2, terjumpa benda alah ni? apa ni? ada sesapa taw? angkat tangan.. oh, pandainye.. ni la JIGSAW PUZZLE..

bestkan main bende ni? dari kecik sampai besar tak pernah bosan. masa kecik2 main yang ada gambar mickey mouse, tweety, pantai, buah and macam2 lagi la. bila dah besar UP sket. main yang ade beribu-ribu pieces. memang mencabar. menguji kesabaran, ketelitian, ketekunan dan pemerhatian yang tajam. paling best, bile mission accomplished.. satu kepuasan yang nyata.. haha.. pastu pecahkan balik dan buat lagi, lagi dan lagi..

puzzle ni bukan sekadar nak buang masa or melekakan, tapi secara tak langsung ada bende yang diajar kat kita secara halus dan telus. perasankah anda perasaan itu? hidup kita ni macam kepingan jigsaw puzzle. setiap satu kepingan melambangkan peristiwa atau adegan yang berlaku dalam hidup kita. kita terus mengembara sambil mengutip kepingan jigsaw puzzle ni untuk membentuk sebuah gambar yang indah pada akhirnya. (^__^)

jigsaw puzzle ada macam2 warna. merah, pink, biru, hijau, hitam, kuning, purple.. sume ada la. sama macam yang kita alami. ada peristiwa sedih, gembira, bahagia dan derita. ada masa kejatuhan dan kebangkitan. macam tu lah kehidupan. tak menarik la kalau dalam hidup ni hanya ada satu warna sahaja kan?

bentuk-bentuk puzzle ni pun berbeza. atas setiap kepingan puzzle ada gambar yang berbeza. kita akan berada di tempat yang berbeza, jumpa dengan orang yang berbeza dan memberi kenangan yang berbeza. walaupun berbeza, tapi mereka saling melengkapi dan berpadanan manjadikan sebuah jalan kehidupan yang indah.

setiap kepingan melambangkan kisah hidup yang berbeza. itulah puzzle of life. mungkin kita pernah hadapi peristiwa yang tak best, lalu buang jauh2 dari kehidupan. tapi sedarkah bahawa anda telah me'rongak'kan puzzle kehidupan anda? tanpa satu kepingan pun, puzzle kehidupan anda tidak akan sesekali 'sempurna'. walau ada cerita yang pahit, tpi tak semua kan? itulah kehidupan. cabaran, dugaan dan halangan ialah pelengkap kehidupan juga. at last, siaplah satu puzzle yang cantik!





p/s: smoga berjaya mengutip kepingan puzzle hidup anda..

2 comments:

muzhafar said...

salam..
aku terpanggil utk memberi komen kat sini..haha..
em..btol tu ape yg ko ckp..
hidup ni pnuh dgn cabaran yg Allah telah sediakan..
setiap yg berlaku jgk pasti ade hikmahnya.. :)
lihatlah sesuatu itu dgn menggunakan mata hati :)
semoga kita semua diberkati Allah..
wasalam :)

Izzati Ellyani said...

i'm learning to use my 'mata hati' rite now.. =)