Showing posts with label buah fikiran. Show all posts
Showing posts with label buah fikiran. Show all posts

August 16, 2010

teori ikan emas

assalamualaikum

i read about this movie review (BEST IN TIME)  last week.


It is said that goldfish memory only last for 3 seconds. just when it swims from one side to another side in it's bowl, it begins to forget what just happened.

because human isn't the same creature as goldfish, we apparently don't forget things that fast, especially the one we love. but sometimes when we want to remember something, we forget. because we are not goldfish, we don't easily forget love. the more we remember, the more we hurt, we still keep struggling for long lasting love.

for more, click here.

IF you have 3 seconds memory, what will you do.? which memory you will choose to be remember.? which to be forget.?

cuba bayangkan, matilah kalau ada memori yang bertahan untuk 3 saat. macam mana nak jawab exam.? baca sikit, lupa. baca banyak pun lupa. nampaknye kene buat open book exam. tu pon tak sure pass ke tak. =.='

IF i have 3 seconds memory, i want to remember


the seconds i said yes
the seconds i said no
the seconds i got what i want
the seconds i lost it
the seconds i laugh
the seconds someone shed my tears
can i remember everything.?


its true that sometimes, the more you remember, the more you hurt. yup. time will heal everything as we let go the memories. 

~ take only the good memories ~


************************


bercerita pasal goldfish teringat big bang theory. luminous goldfish.! hebat kan.?


masa kat micet, kitorang pernah buat experiment. genetic modification. inject luminous gene which we get from jellyfish into e.coli bacteria. guess what.? our e.coli became luminous under uv light. yeay..! means that luminous goldfish sounds possible kan.? ^__^



March 12, 2010

take the 1st

hye peeps..

a quick update before i'm going for a drag coefficient lab session..=p

yesterday, i went to usrah and wanna share something to ponder with u..

jika allah bagi hidayah pada kali pertama, grab it..! kita tak tahu bila lagi allah akan bagi hidayah untuk kali kedua..



hidayah tak semestinya benda yang berkaitan dengan agama je. boleh jadi hidayah untuk belajar.. hidayah untuk buat assignment.. hidayah untuk buat homework.. hidayah untuk jadi rajin.. terpulang sama ada nak atau tak.. =)



p/s: nothing to say.. xoxo

February 12, 2010

jangan jadi bangang!

hye dearest..

(mood: marah!)

ade baca surat khabar semalam..? 
kes bayi dibuang depan masjid dan dihurung semut..?
blom..? klik kat sini.

anak sapa..? 
anak melayu.. anak orang islam..
hoi mak yang lahirkan anak luar nikah kat luar sana..
tak penat ke ko ngandung 9 bulan?
pastu buang je merata-rata..
jadi makanan semut..

tahu buat tahu tanggung la..
kalo ko bagi baby tu kat aku pon boleh
aku boleh bela la
kalo aku dapat tangkap ko
aku ikat ko kat pokok rambutan 
biar kene gigit dengan kerengga sampai mati

sekarang bulan februari
bulan valentine la kononnya..
nanti kita tunggu 9 bulan dari sekarang
dalam bulan 11/12..
mesti banyak kes buang baby lagi

aku baca kartun hello bos
zaman dulu, anak buang mak bapak
zaman sekarang, mak bapak buang anak



p/s: kepada perempuan di luar sana, JANGAN JADI BANGANG!

p/s/s: you can't put the toothpaste back in the tube. so guard your 'toothpaste' carefully!

December 30, 2009

this is reality

apa la nak jadi dengan dunia sekarang.. sikap manusia dah kembali macam zaman jahiliah.. anak dibuang merata-rata, minum arak, berjudi, berzina.. manusia dah bersikap lebih kurang seperti binatang.. tiada hati dan perasaan.. apa semua ni? di mana landasan agama yang sepatutnya dipegang menjadi panduan untuk menghadapi kehidupan di dunia.. nauzubillah..

paling sedih bila baca surat khabar, tengok berita, makin banyak mayat bayi yang baru msih bertali pusat dijmpai dalam tong sampah, sungai dan longkang.. oh wanita, di manakah perasaan anda? selepas 9 bulan mengandungkan anak, sampai hati je terus buang anak tu kat mana2.. sedangkan kucing pun sayangkan anaknya.. apalah dosa si bayi itu..? sendiri buat, sendiri tanggung..




saya agak keliru di sini.. kenapa kadar pembuangan bayi di malaysia agak tinggi jika dibandingkan dengan luar negara.. kalau nak diikutkan, mereka lagi ramai berzina.. tapi, tak pon ada kes2 buang bayi macam ni.. haish..

walaupun saya hanya berumur 19 tahun, saya tahu menilai baik dan buruk.. mana pegi naluri kewanitaan yang penuh dengan kasih sayang dan kelembutan.?

kalau dilihat sekarang, orang islam mula meneguk arak macam minum air coke je.. pegi disko/clubbing macam pegi shopping complex.. "chill la dulu.. tak cool la macam ni.. hidup hanya sekali.." wth..? lepaskan stress..? ni bukan cara yang betul.. banyak lagi cara yang lebih berfaedah.. yup, anda boleh katakan saya ketinggalan zaman.. ada saya kisah?

saya percaya, hidup kat luar negara nanti mesti banyak cabarannya.. dan saya yakin, mungkin ada sesetengah dari sahabat saya akan kecundang dengan godaan di sana.. ya allah, berikan aku kekuatan dan keimanan..



p/s: sorry, entri agak emo.. :)

October 7, 2009

Alhamdulillah...


I asked for strength,
and Allah gave me difficulties to make me strong..

I asked for Wisdom,
and Allah gave me problems to solve...

I asked for Courage,
and Allah gave me obstacles to overcome..

I asked for Love,
and Allah gave me troubled people to help...

I asked for Favors,
and Allah gave me opportunities...

"Maybe I received nothing I wanted...
but I received everything I needed.."

Alhamdulillah... =)








ps: jangan sesekali berputus asa.. bila anda diuji, dekatkan diri dengan Allah.. Allah have everything that you need.. =)

August 25, 2009

Bila si kenit mula...






bila si kenit mula berpuasa.. geli hati melihat telatah dan kerenah..

mengikut ajaran si kenit:
" tak boleh terkentut, nanti batal puasa.."
" tak boleh telan air liur, nanti batal puasa.."
" tak boleh bau makanan, nanti batal puasa.."

apabila si kenit berasa taksub dan terlalu takut terbatalnya puasa:
" ibu, kalau korek idung batal puasa tak? taik hidung dah banyak sangat ni.."

motivasi si kenit untuk berpuasa (mitos semata-mata):
" kalau puasa tak penuh tak boleh raya"
" kalau tak puasa nanti tak dapat duit raya.."

berdasarkn perbualan dua orang kenit di stesen bas sambil menunggu ibu beli ikan:

kenit 1: kau puasa tak?
kenit 2: aku tak puasa.. kau pulak?
kenit 1: aku pun tak puasa.. tapi orang melayu kene puasa..
kenit 2: eh, kita ni melayu ke?
kenit 1: mestila.. kan kita tengah cakap bahasa melayu..
kenit 2: ye ke? macam tu, aku nak puasa la esok..


islam begitu indah. terlalu indah. andai si kenit mampu memahami dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah puasa, kenapa masih ada orang yang lebih dewasa begitu berat untuk melakukan ibadah ini? masih terdapat kedai makan yang meyediakan juadah kepada orang yang tidak berpuasa.. nauzubillah..

p/s: tahun ini agak excited meraikan bulan ramadhan.. menghabiskan sisa waktu bersama keluarga yang tercinta.. =)





August 3, 2009

Puzzle of Life


hari ni memulakan operasi mengemas rumah memandangkan sha n eyka akan bertandang ke teratak abdul rahman (my house) lusa. tiba2, terjumpa benda alah ni? apa ni? ada sesapa taw? angkat tangan.. oh, pandainye.. ni la JIGSAW PUZZLE..

bestkan main bende ni? dari kecik sampai besar tak pernah bosan. masa kecik2 main yang ada gambar mickey mouse, tweety, pantai, buah and macam2 lagi la. bila dah besar UP sket. main yang ade beribu-ribu pieces. memang mencabar. menguji kesabaran, ketelitian, ketekunan dan pemerhatian yang tajam. paling best, bile mission accomplished.. satu kepuasan yang nyata.. haha.. pastu pecahkan balik dan buat lagi, lagi dan lagi..

puzzle ni bukan sekadar nak buang masa or melekakan, tapi secara tak langsung ada bende yang diajar kat kita secara halus dan telus. perasankah anda perasaan itu? hidup kita ni macam kepingan jigsaw puzzle. setiap satu kepingan melambangkan peristiwa atau adegan yang berlaku dalam hidup kita. kita terus mengembara sambil mengutip kepingan jigsaw puzzle ni untuk membentuk sebuah gambar yang indah pada akhirnya. (^__^)

jigsaw puzzle ada macam2 warna. merah, pink, biru, hijau, hitam, kuning, purple.. sume ada la. sama macam yang kita alami. ada peristiwa sedih, gembira, bahagia dan derita. ada masa kejatuhan dan kebangkitan. macam tu lah kehidupan. tak menarik la kalau dalam hidup ni hanya ada satu warna sahaja kan?

bentuk-bentuk puzzle ni pun berbeza. atas setiap kepingan puzzle ada gambar yang berbeza. kita akan berada di tempat yang berbeza, jumpa dengan orang yang berbeza dan memberi kenangan yang berbeza. walaupun berbeza, tapi mereka saling melengkapi dan berpadanan manjadikan sebuah jalan kehidupan yang indah.

setiap kepingan melambangkan kisah hidup yang berbeza. itulah puzzle of life. mungkin kita pernah hadapi peristiwa yang tak best, lalu buang jauh2 dari kehidupan. tapi sedarkah bahawa anda telah me'rongak'kan puzzle kehidupan anda? tanpa satu kepingan pun, puzzle kehidupan anda tidak akan sesekali 'sempurna'. walau ada cerita yang pahit, tpi tak semua kan? itulah kehidupan. cabaran, dugaan dan halangan ialah pelengkap kehidupan juga. at last, siaplah satu puzzle yang cantik!





p/s: smoga berjaya mengutip kepingan puzzle hidup anda..