November 5, 2010

carilah hidayah

assalamualaikum

seperti yang dijanjikan, harini aku akan berkongsi mengenai program PERGH yang aku hadiri last week. alhamdulillah, semgala pekerjaan dipermudahkan allah. naz dah pon tulis review pasal progrom tu. thanks a lot naz.! baca kat sini.


"memindah sebuah bukit yang besar lebih mudah berbanding dengan mengubah hati seorang manusia."


alhamdulillah, hati aku dah mula terbuka untuk mendalami islam. bila aku datang UK, aku mula sedar akan keindahan islam compared to malaysia. benarlah kata ustaz, "nak mengenali islam, lihatlah ke barat." aku sangat sedih melihat sebilangan sahabat-sahabat yang tergelincir dari landasan islam. aku bertambah sedih kalau ia melibatkan orang yang aku sayang. alangkah bahagianya kalau aku mampu mengajak mereka untuk berubah ke arah kebaikan. T__T



aku tak cakap aku baik. masih ada kekurangan dalam diri. ada satu tahap, aku rasakan jiwa ni kosong. aku masih mencari sesuatu yang akan membuatkan diriku lebih sempurna. aku akhirnya fahami, islam akan menjadikan aku lebih sempurna. alhamdulillah. 




Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” 
(Al-qoshosh, 56)


"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadiksn dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit.Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman" 
(surah al-an'am,ayat 125) 






sejak akhir-akhir ni, aku selalu meminta petunjuk daripada allah. pimpin aku kejalanNya. adakala aku tersesat, adakala aku terleka. alhamdulillah, allah banyak sangat bagi aku petunjuk yang nyata sehiggakan aku merasakan, subhanallah. terima kasih ya allah kerana masih menyayangi aku. nanti aku share something with korang. benda ni sangat menarik. insyaallah. ^_^



hidayah itu milik allah. tapi, kita juga harus berusaha mencari hidayahnya. sama-samalah kita berdoa, agar allah membukakan hati kita untuk lebih mengenalinya. aku berdoa agar kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.







p/s: tercari-cari juga,  di manakah cik nur hidayah bt rosman.??? ^___^

5 comments:

teha said...

izzati,
alhamdulillah la kalu pintu hati dah terbuka untuk mendalami islam. :)

teha pon tengah berusaha menolak gangguan dan pengaruh yang berkecamuk dalam hati dan diri.

sungguh, nak berubah tu bukan satu perkara yang mudah atau senang. kalu kate nak tunggu hidayah, kalu dah dapat tapi taknak amek buat apa kan.

nak berubah pon banyak cabarannye. hari ni dah tetapkan hati nak berubah, tuptup esok pulak teringin nak buat 'sesuatu'. haha.

yang penting, kena yakin pada Allah dan think positive. uuhhh, agak mencabar.

btw, good luck dear. all the best and pray for all. :)

Izzati Ellyani said...

betul tu teha. sebab tu kite perlu sentiasa perbetulkan niat. pastikan segalanya kerana allah. insyaallah, kita takkan tersasar dari melakukan segala larangannya. jom, kita sama2 berusha memperbaiki diri. insyaallah. ^__^

tehot said...

jom2..
insyaAllah semuanya berhasil.. :)

nur hidayah rosman said...

wah2..baru terperasan post nieh..
betul izzati, sinar islam di barat lagi berkilau dari mlsia..jgn biarkan hidayah tu lari dear..nnti susah nk datang balek..
(hidayah rosman x lari, klu lari pon boleh kejar..) xoxoxo

Izzati Ellyani said...

ai ai dayah rosman. sy akan kejar hidayah dr allah, tp sy x larat nak kejar awk. hahaha.