assalamualaikum
alhamdulillah, semalam allah bukakan pintu hati aku untuk hadir ke usrah walaupun badan terasa amat penat sekali sebab kelas full dari pukul 9pagi sampai 5petang. otak yang penat memikirkan hal-hal exam. aku pon nak exam jugak.! aku pon nak study jugak.! terima kasih allah kerana sering ingatkan aku walaupun kadang-kadang aku terlupakan-Mu.
alhamdulillah, semalam berkesempatan join halaqah dengan sisters dari jordan. best sangat. terima kasih izzah, azlin, kak zu dan kak syaima-bukan-nama-sebenar yang berjaya pintu hati aku. you really inspired me.! insyaallah, aku akan kongsikan apa yang aku pelajari semalam. semoga ia bermanfaat kepada semua. "sebarkanlah ilmu, walaupun hanya sebaris ayat".
bilakah kali pertama anda menyebut kalimah syahadah.?
bilakah kali pertama anda declare anda ni islam.?
masihkah ingat tarikhnya.
apakah yang anda faham dengan kalimah syahadah.?
subhanallah. aku terdiam. berfikir. aku tak tahu bila kali pertama aku mengucap dua kalimah syahadah. masa kecilkah.? tapi, umur aku berapa.? aku TAHU maksud kalimah syahadah, tetapi adakah aku FAHAM maksudnya.? ya allah, jahilnya aku. aku mungkin faham subjek particle science, maths, chemical reactors dan sebagainya, tetapi kenapa aku tidak mengerti kalimah-Mu ya allah. aku terasa bodoh di situ. kau rasa bodoh jugak tak.? T_____T
syahadah itu sendiri membawa erti:
- declaration (akui)
- swear (sumpah)
- promise (janji)
tahu tak betapa besarnya erti kalimah syahadah yang diucapkan paling kurang pun 9 kali sehari dalam solat.? kau telah bersumpah dan berjanji bahawa kau mengakui allah itu ialah tuhan-Mu. cuba kau fikir, adakah kau mengotakan janji ni kepada-Nya.?
kita harus faham konsep al-baraq dan al-walaq dalam proses untuk mengerti maksud kalimah syahadah yang sebenar.
Al-Baraq (melepaskan diri)
al-baraq itu bererti kufur, memusuhi, memisahkan diri dan benci kepada semua benda kecuali allah. dalam erti kata lain, menghancurkan semua kepercayaan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan allah. tiada yang lain.
Al-Walaq (setia)
al-walaq itu secara general bererti kita membina kesetiaan terhadap allah. bagaimana.? dengan taat kepada-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya dan cinta kepada-Nya. kalau difikirkan zaman sekarang, manusia bertuhankan manusia, bertuhankan harta dan pangkat di dunia. adakah ini erti syahadah yang difahami.?
ambil masa, cuba fikir. setiap hari kita melafazkan kata janji ini dengan ALLAH. tetapi, adakah benar kita mengotakan janji ini.? memungkiri janji hukumnya berdosa besar. tepuk dada, tanya iman.
marilah kita sama-sama menuju ke arah kebaikan. sebelum membuat sesuatu perkara, cuba tanya, "allah suka ke kalau aku macam ni.? allah bagi ke aku buat macam itu.?" bila membaca rasa mudah, tapi sangat sukar untuk dilaksanakan. mintalah hidayah daripada allah agar diberi jalan supaya kita lebih dekat kepadanya. allah tahu apa yang anda fikir malah allah tahu apa yang terlintas di hati kecil kita. yang penting, ikhlaskan niat, segalanya kerana allah.
alangkah indahnya hidup ini jika hanya ada AKU dan ALLAH
aku teringin sekali menjalankan transformasi menjadi insan yang lebih baik. ayuh mulakan dengan benda simple. aku tengah train diri aku untuk melabuhkan tudung. kalau sebelum ni, aku suka tudung stail bulat, kali ni aku tukar ke stail 'butterfly'. lagi menutup aurat bukan.? izzati, fighting.!!! ^__^
aku takkan putus asa mengajak sahabat-sahabat aku ke arah kebaikan. walaupun sms aku tak diendah, ajakan aku dipandang sinis. takpe. sebab aku sayang kau, aku takkan putus harapan walaupun aku bukanlah orang yang penyabar.
p/s: maaf jika kau tak faham apa yang aku cuba sampaikan. penulisan aku tidaklah begitu bagus. kalau nak suruh aku cerita in person pon boleh. izzati kan suka bercerita. siap dengan emosi dan aksi. haha. =D


3 comments:
good for u :)
gambatte kak zati! fastabaqul khoirat! smge iman kak zati makin hari makin mantap,spy sy pun boleh bce entry2 mcm nie lg~^^
anony: thank you. =)
adik adell: insyaallah. adik, cepatlah datang sini. best sangat. keindaham islam tu sangat menyerlah.
Post a Comment