Showing posts with label buang masa. Show all posts
Showing posts with label buang masa. Show all posts

August 4, 2011

Si Baldu Merah


assalamualaikum

angin takde, ribut pun takde. tiba-tiba je teringin nak buat kek red velvet. aritu ibu bawak balik sebiji. sedap jugak. memandangkan bosan berada di rumah, nak try air tangan sendiri. boleh jugak jadi hidangan moreh ye tak.? =D


resepi ni amek kat my resipi. alhamdulillah, my first trial menjadi.

Bahan-bahan (15 biji)
125 g mentega
1 1/2 cwn gula
2 biji telur
1 SK esen vanilla
250 g tepung kek
2 SB serbuk koko
1 SK garam
1 cwn susu segar (dicampur dengan 1 SB perahan lemon)
1 SK soda bicarbonate
1 SK cuka
2 SK pewarna merah
 Cara-cara: 

  1.  Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
  3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
  4. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
  5.  Masukkan pewarna merah.
  6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
  7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing)

Cream Cheese Topping 
250 g cream cheese
30 g mentega
1 SB perahan lemon
1 SB esen vanilla
1 SB susu segar
Cara-cara: 

  1.  Pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu.
  2. Campurkan perahan lemon dan esen vanilla
  3. Hias kek dengan cream cheese topping.





terharu dengan air tangan sendiri. tsk3. ;)


my comment is tak payah pakai cuka pun takpe. kek ni sedap. ada rasa masam, manis dan masin. kalau parents yang menghidap kencing manis ke, anda digalakkan mengurangkan kandungan gula dalam kek. kek tu agak manis. tapi, dengan kombinasi cream cheese, peeeehhhhhhh, sedap tak terkata. hihi. 

selamat mencuba dan selamat beramal... ^___^







p/s: dapat dua bungkus bubur lambuk kat masjid negeri tadi. meleleh air liur. slurpppp... =D

January 5, 2011

petua izzati

assalamualaikum


eyh izzati, kau tu dah nak exam. semakin galak mengupdate blog pulak.!


ramai orang cakap, kalau pegi negara sejuk, nanti kulit cantik. putih, halus, mulus lagi tulus. the fact is.? ah, tipooooo je semua tu. betul. all my friends said the same thing.


bila kat negara sejuk, low humidity, so rasa sangat kering. kulit bersisik macam ular.? ah, lebih kurang lah. kene selalu sapu lotion. kene slalu pakai moisturizer. kalau tak nanti kulit kering, tegang dan sakit. sangat tak best.! disebabkan kering sangat sampaikan, kau selalu tercedera tanpa disedari. loss grip control. pergh, gaya aku cerita macam serius je. eyh, takde lah. saja exaggerate cite. kehkehkeh.


jerawat tak payah cite lah. orang yang tak pernah ada jerawat pon tumbuh jerawat. ntah mana datang ntah. memang pelik bin ajaib. badi nak exam kot. geram geram geram.! kalau buat sewa tapak kat dahi, memang kaya-raya lah. tak pe. kita study rajin-rajin, keje bagus-bagus. pastu kita buat facial treatment New York Skin Care. ok tak.? LOL. 



disebabkan azam tahun baru tak nak tido lepas asar, aku pon menghabiskan masa dengan tanya pakcik google camne nak hilangkan jerawat. hah, baca lah.! (bersengkang mata aku tahan ngantuk, faham!)



Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.


Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.


Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.


Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.



kelakar pon ade gak petua-petua di atas. mana nak cari segala jenis tumbuh-tumbuhan tu kat sini.? paling senang pon tepek timun. nak potong timun pon malas. agagaga.



ni pulak versi petua orang putih.

1. Wash your face at least twice a day with a mild cleanser. Use a pH-balanced cleanser without perfumes or too many chemical additives.
2. Touch your face as little as possible, and only when your hands are clean.
3. Avoid squeezing pimples. Bacteria on your hands or on unsterile equipment can lead to more blemishes and possible scarring.
4.Steam your face once or twice a week to help open the pores. Boil water, remove the pot from the stove, drape a towel over your head and hold your face over the pot. Then rinse your face with cold water. 
5. Use essential oils such as calendula, chamomile, juniper, lavendar and mint directly on your skin. Mix 10 drops of any of the oils with 2 tbsp. soy or almond oil, and smooth a few drops on dampened skin.
6. Try using herbs. Saw palmetto can help balance boys' hormones, while chaste tree berry can do the same for girls. Echinacea, alfalfa, burdock root, cayenne, chaparral and yellow dock root are also helpful.
7. Consider other topical mixtures. Beat an egg yolk, apply it with a cotton ball and leave it on for 15 minutes. Alternatively, mix oatmeal and honey together to form a paste and apply it to your face. Oatmeal soaks up excess oil and honey soothes the skin.
8.Take acidophilus to fight bacteria
9. Eat a diet high in fiber, including whole grains and fresh vegetables and fruits, to keep your body healthy overall and provide nutrients to your skin. Stay away from junk food, caffeine and salty foods.
10. Determine whether specific foods aggravate your skin and eliminate them from your diet.
11. Consider adding zinc supplements to your diet.
12. Limit your exposure to the sun and reduce the stress in your life.



bunga. orkid lah.!


aku rasa, versi orang putih lagi senang kot. hahaha. sorry nenek moyang malaysia. 



conclusion: kalau kau kat malaysia, ikut petua nenek moyang malaysia. kalau kau kat UK, ikut petua nenek moyang UK ok. ;p

November 26, 2010

kenapa COLOURS.?

assalamualaikum


baru habis klas. kat luar sangat sejuk, tapi awat salji tak turun-turun lagi.? ada potensi untuk mati syahid dalam perjalanan ke klas. 



hah, tengok-tengok, aku dapat tag.! dah lama tak buat benda alah ni. terima kasih adik adell yang masih setia stalking saya hari-hari. walaupun saya tak knal siapa awak, sekadar tahu "owh, awak junior saya", saya pasti awak knal saya kerana sayalah exco blok yang suka membebel paling panjang setiap kali roll-call dan selalu suruh clear kan block dengan kiraan yang sangat pantas dan tuntas. hehe.



memandangkan otak dah full, dan tengah tunggu baju kering di bilik dobi, dengan sukacita dan berlapang dada saya nak jawab tag awak. sila bergembira ye. ^__^






1. nama blog and kenapa nama tu dipilih.?

  • COLOURS. basically, on that day aku dapat sms: kalau diberi pilihan, awak nak jadi apa dalam hidup saya.? pilih antara gula-gula, bintang, bulan, chewing gum, pelangi dan apa-lagi-ntah-yang-aku-tak-ingat. disebabkan aku suka pelangi, itulah pilihan aku. ertinya, aku suka berada di samping orang tu dan akan mewarnai kehidupan dia. "let me be your rainbow and i will fill your life with colours." padahal aku tak suka pon orang tu. haha. hidup pernuh warna-warni, jadi aku nak warnai hidup aku sendiri.



2. nama URL blog dan mana datang idea.
  • izzatiellyani.blogspot.com. aku geram btol bila orang tak pandai-pandai nak eja nama aku. apa.? apa.? susah sangat ke.? sampai skang pon ade je yang tak reti eja. hah.! jadi, hanya orang yang reti eja nama aku je boleh baca blog aku. ok tak.? LOL



3. cara penulisan anda.?
  • korang rasa.? mostly this blog is about my life. takde aku nak jadi macam nokia, "connecting with people". aku tulis apa yang ada dalam hati sebab hati takde suara. "sometimes, people write the things they can't say". blog adalah cara untuk aku pujuk hati yang lara. cewahhh. sebab tu lah aku suka tulis post yang bermotivasi dan menggembirakan. lagi satu advantage, korang tak payah dengar aku membebel secara live. 



4. perasaan anda bila tengok blog orang lain lawa dan menarik tapi tengok blog sendiri tak lawa 
  • aku suka tengok blog yang comel. blog pon nak kene decorate. ada program casa impian untuk blog tak.? 



5. bila wujudnya blog anda nie.?
  • dalam bulan may 2009 kot. masa tu unikl bagi cuti summer yang panjang gila dari bulan mac sampailah jun. maka terlahir blog yang ntah pape ni. padan muka korang kene baca. 



6. siapakah orang 1st yang tahu dan jadi follower anda.?
  • entah. sape orang pertama tu angkat tangan, please.! aku belanja makan. jujur ea, tak boleh tipu. ;p




7. sila tag 5 orang dan beritahu mereka

  • izzati erlena 
(memandangkan kau tengah cuti sekolah, aku nak bagi kau homework. jawab ni.! yang tengah sekolah, tak payah buat)




ok. baju aku dah siap. harini miss bunny aku masuk washing machine. harap-harap miss bunny tak mengecut. sila wangi-wangi please. hahaha.











p/s: all the best for your ielts.! nanti bagitaw result dengan saya ok.!

May 25, 2010

campak-campak

hye2..

ada orang kata tak payah nak blaja masak. main campak-campak je. gerenti sedap. i'm not sure lah hypothesis tu btol ke tak kan. so, harini saya buat experiment kat rumah. adakah main campak-campak, makanan jadi lebih sedap.? hoho..

at first saya nak makan sup ayam + telur + kentang + nasi lembik. sedap kot. my favourite. masak ikan bilis cili padi pon sedap! so, saya mula la sesi campak mencmpak. memang senang lah keje ni. takde lah susah mane pon. agak-agak je la korang nak letak ape. balun je.yang penting, result die masih sup ayam. haha.

tiba-tiba, satu keajaiban telah berlaku. pada masa saya mula memerah air lemon (sejak bila masak sup letak lemon? suka hati akulah. hoho) sup tu bertukar jadi tomyam.! walaweyh.. tu namanya rezeki.. tengok, saya ada bakat jadi jamie oliver la.  mamat ni main letak je ape dia suka. pengotor plak tuh. tapi, makanan dia thumbs up! >_<


sebenarnye kan, teringin sangat nak kawin dengan chef. mesti hari-hari dapat makan masakan sedap-sedap je kat rumah. pemalas punye anak dara. dush dush.. 

esok nak masak pe ye.? nak try campak ikan pulak lah. hoho.. ;p


March 9, 2010

new routines

hye peeps..

panas gile kat micet nih.. rasa nak berendam dalam ais dan tergolek sambil pakai mask.. seronokkan..? so far, misi 'a NEW me' berjaya dilaksanakan.. i bukan jenis cakap kosong.. i'll keep on my words..

yup.. i have new routines especially before i'm going to sleep:

  • sapu ubat jerawat.. apsal jerawat makin banyak.? adakah kerana stress.? hormone menggatal.? cuaca panas.? somehow, i really enjoyed it.. best gak belek2 muka.. =p
  • pakai garnier eye-roll.. oh oh oh.. bila misi 'a NEW me' dijalankan, mata mula bertukar warna.. i nak jadi engineer yang bergaya.. jd, kenelah jaga kecantikan jugakkan..?
  • minum susu.. kalau umur dah 20 tahun boleh tinggi dan gemuk lagi tak.? harap2 kalau i minum susu boleh tambahkan ketingian dan saiz pengembangan.. i'll tell u the result k.. =)


p/s: syllabus makin banyak.. projek pun menimbun.. i need to manage my time wisely..fight oh oh..!!! 

March 6, 2010

rona-roni makaroni

hye peeps..

harini i nak ajar masak makaroni. betul ke.? hell NO. =p

tadi usha tv. terperasan cite rona-roni makaroni. tak best pun cite tu.tapi tertarik dengan satu quote ni.


hidup ni complicated, berselirat dan berbelit-belit macam spageti dalam sepinggan makaroni.



boleh korang imagine spagheti dengan makaroni.? sedap weyh.. =)



p/s: izzati's mood: HA HA HA HAPPY..!!!!!!!! =)

February 21, 2010

wedding!

hye peeps..

slamat pengantin baru kepada syira..!!! ops! kepada kakak syira.. haha.. ko x leh kawin selagi kakak-kakak ko tak kawin.. jangan langkah bendul taw.. =p

"etol, kite dah besar.. mula pegi kenduri kawen orang.. cuba ko bayangkan, budak-budak FET ada dalam 70 orang.. wah.. nanti kita akan dapat 70 undangan majlis perkahwinan.. tolak bdk FET yang kawin sesama mereka, ada la dalam 60 undangan.. seronoknya...!!!!"

kepada bdk FET, kalau korang makan nasi minyak jangan lupa jemput ok.. hehe.. i always pray for the best and hope that u all happily ever after..

thanks to my beloved etol.. i taw i mmg banyak cakap.. tp terpaksa cakap memandangkan ur car tak de radio and i takut kalau u mengantuk.. thats why i keep talking to u.. mmg road trip ke banting hectic gile.. aku penat gak banyak cakap smalam.. haha..

to nina, masa sangat jealous dgn kita.. bencinye..!!!its alright.. nnti kita ronggeng sakan ea.. nasib baik ko tak ikut kitorg g karaoke kat alamanda sambil pakai jubah.. malu siott.. haha.. paling penting nyanyi lagu wali band - cari jodoh.. sumpah lawak!

i love u ETOL, NINA and SYIRA... ♥ ♥ ♥ ♥



p/s: hey peeps out there.. don't take others for granted..! 
 
p/s/s: to my dearest sis, jangan lupa 44 pantang sebelum kawin yg i bacakan utk u smalam taw.. kalau degil, nnti i post kat blog i.. kah3.. =D


January 22, 2010

what a day

hye peeps...

WARNING
dis post will be super long.. thanks 4 ur time..


(siaran langsung dari HOME SWEET HOME)

yeah.. finally, i'm home.. arrived at seremban at 2.15pm.. i made decision nak balik dengan ayah yang habis kerja pukul 5.30ptg and i got about 3 hours to spend..at first nak pegi tengok wayang.. ALONE.. but, takde citer yang menggoda hati pon.. plan was cancelled..

pastu tengok duit dalam purse.. WOW..! " izzati, u've been such a GOOD,STRONG and WONDERFUL GIRL recently.. lets go for SHOPPING...!!!"

oh yeah.. lama kot i ronda-ronda kat terminal 1.. at last, i grabbed a slim fit jeans, a PINK SHOES (shoes again) and a yellow dress.. then, i tought of buying a RED BAG, but i'm out of budget.. kah3..

penat kot.. pastu, tak larat nak bawak beg and plastic bags yang banyak, i pegi singgah office ayah.. nak letak barang dalam kete dulu..

"apa sengeh-sengeh..? beli apa nie..? banyaknye..."

"beli kasut, baju and jeans.. complete set.. hehe.."

"dah dapat elaun la tuh.."

"blom lagi.. tapi angah masih kaya.."

"kasut lagi..? dah bape kasut kat rumah tu.. kalo bersepah, ayah buang sume.."
----> nasib baik ayat ni tak dikeluarkan dr mulut ayah.. haha..

"ayah, lapar la.. nak duit.. rm10.. nak makan mcD.. duit habis g shopping.."


seterusnya, pegi lepak kat Seremban Parade.. menikmati bubur mcD.. sedap.. habis semangkuk.. mc flurry oreo membuatkan air mata menitis sebab banyak sangat habuk kat mcD.. oh izzati, la tahzan.. jom kite pegi usha SONY ERICSSON AINO ye, sayang.. oh yeah...!!!

gempak gile kot sony AINO tue.. nak jugak.. dekat 5 kedai gak la i pegi usha2, dan 5 kali gak la i usap-usap si AINO comel tu.. i siap minta brochure AINO.. nak tampal kat meja study.. kasi semangat sket..

"kalau dapat result gempak for SEM 2, i'll get the SONY AINO for myself.."

keluar je dari parkson tu, hujan la plak.. tiba-tiba rasa touching sket.. teringat lagu peterpan-di balik awan..

Tempat ku melihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempat ku terdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

la tahzan, izzati..

masa tengah lintas jalan, teringat pesan ayah tadi.. "lintas jalan baik-baik.. jangan nak kene langgar macam haritu.." actually, haritu hampir nak kene langgar la.. nasib baik tak mati lagi.. pastu, masa nak lintas jalan dalam hujan, boleh plak static dan terdiam di balik hujan sebentar.. jadi macam unconscious..

"aku ni memang tak reti nak lintas jalan ke..? no wonder sumeorang takut nak lintas jalan dengan aku.. haish.. after this, there will be no hands that will guide me to cross the road.. i must learn to cross it by myself.."

oh shafina..!!! u must like this part.. i jumpe cik siti.. pastu dia citer pasal anak die yang akan balik dari german dis february.. see, i've told u that she likes me so much.. even dah buat plan nak pegi melancong sama2.. kelakar gile kot.. citer selanjutnya kat bilik la.. gerenti u gelak sampai nangis.. haha..

btw, to farahana bt. mat isa.. happy birthday girl.. (weiyh, nama ko ada dalam blog aku.. haha) may allah bless u and i'm so grateful to have u as my friend..

thats the end of my day.. penat, mahu tido awal.. katil empuk memanggil tido..
goodnite world.. izzati loves u..



p/s: etol.. if in case u read my blog, i want you to know that.. i'm so grateful and terharu gile.. when i saw u crying when listening to all my problems, u made me want to cry too.. thank you for shed my tears.. gave me a hug.. gave me a kiss.. and gave me strength.. i'll do the same thing for you too. i love u, babes.. ^__^

December 9, 2009

A call

i just received a call from my boss yg i keje masa cuti praktikal-4-bulan dulu..



ety, datanglah keje kat kedai aunty.. kalau keje 2 atau 3 hari pun x pe lah..

ermm.. tp aunty, sy tengah sibuk ni.. x confirm lagi la macam mana.. my family pon nak pegi jalan2 cuti sekolah ni.. x de pekerja baru lagi ke?

x de la ety.. nanti kalau ety senang, bgtaw aunty k..

ermm.. insyaallah ye aunty..


haish.. wut would u think? keje ke x keje? i ni susah sket la kalau ada orang datang minta tolong.. bukannye x nak tolong..tp, kemalasan dalam diri ni dah menebal sungguh.. dah la cuti sebulan je.. nak gak rilek2 kat rumah.. spend quality time with my beloved ones.. lagipun, i dah de banyak projek da ni.. hehe.. and 1 more thing.. MARA yg baik hati dah bagi elaun untuk bulan ni. dapat rm600 camtu je.. heaven gila..!!!



p/s: i tengah gila shopping on9.. ayuh usha2..!!! =D

October 12, 2009

i wish..



i wish, i wish with all my heart..

i'm at a lavender farm..




eating cotton candy..


can i?



request accessed...


.....




.....



......


request rejected!

hey izzati, pergi sambung study...!!!





ps: underneath the moon, underneath the stars, here's little heart for u, up above the world, up above it all, here's a hand to hold on to.. 1437.. =)


October 6, 2009

Get to know myself better


tak de keje, saja try this quiz. wanna try? click here.


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

>> i'm an efficient problem solver.. =D


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

>> i'll do anything for you.. =)


Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

>> i've found the right one.. =)

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

>> this is not me! i'm a good girl n i won't be naughty.. =D

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

>> i love to learn new things


The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

>> that's why i want to be a lecturer.. insyaallah.. =)

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

>> yup. this is my greatest fear. thanks daddy for your support!

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

>> long time ago. but now, i like to be myself. love me or hate me. haha..

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

>> sometimes you need listen to ur heart more instead of doing the most sensible thing all the time.. =)



ps: merepek tapi FUN.. LOL


October 2, 2009

Way to study



mr. teddy baru mandi

bau wangi

fresh lavender

tidur nyenyak

mimpi merepek

arghhhh

mandi

pegi STUDY!

thanks mr.teddy..










p/s: nak terberak buat assignment bio: "how to cultivate e.coli.."

p/s/s: happy 22nd birthday abang!!! semoga dapat jodoh yang baik.. nak kakak ipar before pegi UK.. kalo tak de duit, nanti i sponsor pakai duet elaun mara.. adik ipar dapat 7 tahun dari skang.. haha..!




August 2, 2009

movies.fun.happy

gumbira lagi. sementara belum start blaja, baik bersuka-suki sepuas hati. buat movie marathon dengan adik-beradik tercinta kat MBO, terminal 2.

1) Harry Potter and half blood prince

even jalan citer agak slow, tapi agak memberangsangkan la jugak! ibu potong steam je call dlm wayang bile sampai part best- prof albus dumbledore dibunuh. ciss!!! kan bagus kalau chemical engineering perkenalkan satu subjek baru - POTION! boleh tak..?




2) The Proposal

oh oh oh! comel and kelakar. err.. awkkan pemalu sikit, nanti sy nak propose awk lah! nak tak..? hehe..


happy.. shalala.. its so nice to be happy.. lala.. =D